Judul              :           Teori dan Amalan Penilaian Harta Tanah (Edisi Kedua)

Penulis          :           Ismail Omar

Harga            :           RM 25.00

Tahun            :           2013

Penerbit       :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

PROFESION penilaian dan pengurusan harta tanah telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1957. Dengan penubuhan Bahagian Penilaian di Kementerian Kewangan Malaysia dan kursus penilaian pada peringkat pengajian tinggi dimulakan pada awal tahun 1960-an, keperluan kepada bahan-bahan bacaan dalam bidang tersebut mula dirasakan. Tambahan pula penulisan dalam bahasa Melayu sangatlah kurang. Oleh itu, objektif penulisan buku ini selain menambahkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu, dapat memperkembang ilmu pengetahuan dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah di samping menjadi satu sumber dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam profesion yang berasaskan tanah dan bangunan.

Buku ini merupakan edisi terbaharu yang memberikan penggayaan isi kandungan yang lebih dinamis dan menyeluruh. Edisi ini memberikan penekanan kepada konsep, aspek-aspek penilaian, kaedah-kaedah penilaian harta tanah dan penilaian harta tanah. Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada 12 bab yang berasingan. Aliran bab disusun mengikut kesinambungan dan kesesuaian tajuk supaya mudah difahami oleh pembaca.

  1. amer says:

    Assalamualaikum, boleh saya tahu dimana boleh saya dapatkan buku ni?

  2. saifful nazmi says:

    Assalammualaikum WBT.
    Boleh beritahu bagaimanakah cara memiliki Buku Teori dan Amalan Penilaian Harta Tanah (Edisi Kedua)(Ismail Omar)?
    Saya telah pergi ke pelbagai kedai buku untuk mencari buku ini. Boleh saya membuat pembelian secara online?

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044767
    Visit Today : 1188
    This Month : 27366
    Total Visit : 1044767
    Hits Today : 4371
    Total Hits : 4289344
    Who's Online : 6
  • Kategori