Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

HURUF ‘Ha’ pedas (ح) merupakan salah satu huruf yang terdapat dalam huruf asal Arab. Sekiranya kita menyemak Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) akan  kita dapati bahawa semua perkataan yang menggunakan huruf ini merupakan kata yang berasal daripada kata Arab atau istilah yang disebut sekarang kata serapan bahasa Arab.

Boleh dikatakan tiada langsung kata-kata lain sama ada kata jati bahasa Melayu atau kata serapan asing yang lain selain Arab yang menggunakan huruf ini. Kesemuanya merupakan kata serapan Arab.

Huruf ‘Ha’ pedas (ح) ini dipadankan dengan huruf ‘h’ dalam Rumi sama dengan huruf ‘Ha’ bulat (هـ) walaupun makhrajnya berbeza.

Contoh:

RUMI

JAWI

          bahas

بحث

          habib

حبيب

          had

حد

          hadanah

حضانة

          hadarah

حضارة

          hadari

حضاري

          hadas

حدث

          hadir

حاضير

          hadirat

حاضيرات

          hadirin

حاضيرين

          hadis

حديث

          hadrah

حضره

          hadrat

حضرت

          hafaz

حفظ

          hafiz

حافظ

          haid

حيض

          hairan

حيران

          haiwan

حيوان

          haj

حج

          hajah

حاجه

          hajat

حاجت

          hakikat

حقيقت

          hakiki

حقيقي

          hakim

حاكيم

Terdapat juga kata Melayu seperti ‘hafal’ yang tidak mengikut sebutan yang sebenar dalam bahasa asalnya iaitu Arab ‘hafaz’. Huruf  akhirnya ditukarkan ke huruf ‘lam’ (ل) daripada huruf asalnya ‘za’ (ظ). Cara pengejaannya mengikut cara pengejaan lazim kata Melayu. Walaupun begitu kata tersebut tetap merupakan kata serapan Arab.

Contoh:

RUMI

JAWI

          hafal

حافل

          hafaz  (asal)

حفظ

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049830
    Visit Today : 675
    This Month : 32429
    Total Visit : 1049830
    Hits Today : 4115
    Total Hits : 4308876
    Who's Online : 13
  • Kategori