Oleh WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL BIN WAN MANSOR

HURUF ‘tha’ (ث) merupakan huruf keempat dalam turutan abjad Jawi. Kebiasaannya, kata yang mengandungi huruf ini merupakan kata yang asalnya daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab. Sebenarnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa  Eropah yang lain juga banyak menggunakan fonem [th] ini Cuma  tidak dilambangkan dengan huruf ‘tha’ sekiranya dieja dalam tulisan Jawi.

Boleh dikatakan tidak ada kata jati bahasa Melayu yang menggunakan fonem [th] ini. Jadi secara langsung kita dapat mengetahui bahawa sekiranya sesuatu kata mempunyai fonem [th] atau huruf ‘tha’, maka kata itu berasal daripada kata asing.

Huruf ‘tha’ dilambangkan dengan huruf ‘th’ dalam ejaan Rumi.

Contoh:

RUMI

JAWI

          athqal

اثقال

          ithar

ايثار

          thani

ثاني

          thuluth

ثلث

 

Huruf ‘tha’ juga dilambangkan dengan huruf ‘s’ dalam ejaan Rumi.

Contoh:

RUMI

JAWI

          asar (kesan)

اثار

          bahas

بحث

          hadas

حدث

          Hadis

حديث

          isbat

اثبات

          Kausar

كوثر

          khunsa

خنثى

          misali

مثالي

          miskal

مثقال

          salji

ثلجي

          sanawi/senawi

ثانوي

          sawab

ثواب

          tamsil

تمثيل

          waris

واريث

          wasikah

وثيقه

 

 

Terdapat juga kata asing selain Arab yang menggunakan fonem [th] dalam sebutannya tetapi tidak dilambangkan dengan huruf tha (ث) malahan digantikan dengan huruf ta (ت).

Contoh:

RUMI

SEBUTAN

JAWI

Therm

[therm]

ترم

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048984
    Visit Today : 1302
    This Month : 31583
    Total Visit : 1048984
    Hits Today : 4493
    Total Hits : 4303539
    Who's Online : 9
  • Kategori