Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

 

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor

KATA ganti nama diri singkat ialah kata ganti nama diri yang telah disingkatkan. Kata-kata yang dimaksudkan di sini ialah: kau, ku, mu dan nya.

Kata ‘kau’ berasal daripada kata ‘engkau’ digunakan di awal kata. Kata ‘ku’ berasal daripada kata ‘aku’ digunakan di awal dan di akhir kata.Kata ‘mu’ berasal daripada kata ‘kamu’ digunakan di akhir kata sahaja.Dan kata ‘nya’ daripada kata ganti nama diri ketiga (dia); digunakan di akhir kata sahaja.

Kata ganti singkat ‘kau’ kaf-alif-wau  (كاو) sebagai awalan penanda pasif dalam tulisan Jawi ditulis rapat dengan kata yang hadir selepasnya. Contoh:

Rumi

Jawi

Kauberi

كاوبري

Kaudengar

كاودڠر

Kaulukis

كاولوكيس

Kauterima

كاوتريما

Kata ganti singkat ‘ku’ditulis dengan kaf-wau  (كو) dalam tulisan Jawi dan dieja rapat dengan kata yang hadir sebelum dan selepasnya. Contoh:

Rumi

Jawi

Kepadaku

كڤدكو

Kekasihku

ككاسيهكو

Kuberikan

كوبريكن

Kutujukan

كوتوجوكن

Kusampaikan

كوسمڤايكن

Kata ganti singkat ‘mu’ditulis dengan mim-wau (مو) dalam tulisan Jawi dan perlu dirangkaikan dengan kata yang hadir sebelumnya. Contoh:

Rumi

Jawi

Kepadamu

كڤدمو

Kekasihmu

ككاسيهمو

Bagimu

باڬيمو

Rumahmu

رومهمو

Cintaku

چينتاكو

Kata ganti singkat ‘nya’ditulis dengan huruf nya (ڽ) dalam tulisan Jawi dan bersambung dengan kata yang hadir sebelumnya. Contoh:

Rumi

Jawi

Kepadanya

كڤدڽ

Kekasihnya

ككاسيهڽ

Baginya

باڬيڽ

Rumahnya

رومهڽ

Cintanya

چينتاڽ

Kata ganti singkat yang berkaitan dengan Tuhan mesti menggunakan tanda sempang (-) dalam tulisan Rumi tetapi tidak dalam tulisan Jawi. Contoh:

Rumi

Jawi

Keampunan-Mu

كأمڤوننمو

Hamba-Mu

همبامو

Kepada-Nya

كڤدڽ

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049652
    Visit Today : 497
    This Month : 32251
    Total Visit : 1049652
    Hits Today : 3536
    Total Hits : 4308297
    Who's Online : 16
  • Kategori