Judul : Kaing-Kaing
Penulis : Siti Jasmina Ibrahim
Harga : RM 20.00
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengulas : Nor Syahira bt Che Mat
KAING-KAING ialah nama sebuah desa yang terletak di pinggiran. Dahulunya desa itu meriah dengan gelak tawa orang kampung. Namun, kini diam, kelam dan sepi. Orang-orang kampung yang berani bersuara dan berani bertindak, kini diam bagaikan jawi ditarik keluan sejak ada kuasa yang bermaharajalela di situ. Harapan menggunung mengharapkan kepulangan Ari Lebu, wira yang disebut-sebut untuk mengubah semuanya, tidak sama seperti yang digambarkan. Ari Lebu hidup dalam dunia diamnya.