Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

 

 

 

 

 

 

 

PERKATAAN ekakata bermaksud perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja. Biasanya perkataan ini dieja dengan bunyi tertutup. Dalam perbincangan kali ini kita akan memfokuskan ekakata yang berbunyi [a] tertutup sahaja. Ekakata jati bahasa Melayu dan serapan Inggeris dieja dengan tanpa huruf vokal alif.

Contohnya:

Rumi

Jawi

bas

بس 

cam

چم

gas

ڬس 

jam

جم

ras

رس

tar

تر

van

ۏن

Namun sekiranya perkataan ekakata ini bermula dengan huruf waw [و] hendaklah dieja dengan menambahkan alif selepasnya.

Contohnya:

Rumi

Jawi

wad

واد 

wang

واڠ 

wah

واه 

wat

وات

wau

واو

Ekakata yang merupakan serapan daripada bahasa Arab berpola tertutup [a], dieja dengan mengikut ejaan asalnya. Biasanya ditulis vokal alifnya.

Contohnya:

Rumi

Jawi

am

عام

bab

باب

hal

حال

khas

خاص

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049826
    Visit Today : 671
    This Month : 32425
    Total Visit : 1049826
    Hits Today : 4094
    Total Hits : 4308855
    Who's Online : 12
  • Kategori