Oleh SITI ROHAIZAH SARKOM

Johan Forum Remaja 2011 SMK Kuhara, Sabah bergambar kenangan bersama-sama YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin (tengah).

DENGAN gaya tersendiri seperti seorang pengacara di televisyen dan  bijak mengawal situasi ketika berforum,  melayakkan  NurShafiqa Kalisa  Shahruddin dari  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, Sabah muncul sebagai Pengerusi Terbaik Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2011. Penampilan hebat ahli forum lain juga turut mengangkat SMK Kuhara muncul  Johan Pertandingan Forum Remaja 2011. Pertandingan diadakan pada 4-6 Julai lalu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Johan membawa pulang piala pusingan sumbangan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), wang tunai RM500.00,      buku terbitan DBP, Kamus Elektronik BESTA, Kamus Kembangan sumbangan BESTA,   plak sumbangan KH Sport World, raket sumbangan United Publishing, baucar A&W,  selain  sijil penyertaan dan penghargaan.

Naib johan pula dirangkul oleh Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah. Kepetahan  berhujah Nafhan Nuhair  Najib yang bernas dan meyakinkan, menobatkannya sebagai  Ahli Forum Terbaik.  Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Mohammad Faris Petra, Kelantan.

Pemenang menerima wang tunai RM400.00 (naib johan) dan  RM300.00 (tempat ketiga), buku terbitan DBP, plak sumbangan KH Sport World, raket sumbangan United Publishing, baucar A&W, serta sijil penyertaan dan penghargaan. Pengerusi dan Ahli Forum Terbaik menerima hadiah wang tunai RM200.00 setiap seorang, Kamus Elektronik BESTA, Kamus Kembangan sumbangan BESTA, plak sumbangan KH Sport World, raket sumbangan United Publishing, baucar A&W, dan sijil penghargaan.

Pertandingan Forum Remaja ini merupakan kali ke-22 diadakan dengan penglibatan 16 buah sekolah dari setiap negeri bagi merebut piala pusingan sumbangan KGMMB.

Pertandingan yang diadakan sempena Festival Bahasa dan Sastera 2011  ini, bertujuan  memupuk rasa kecintaan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, khususnya dalam medium komunikasi. Selain mengetengahkan bakat berhujah menggunakan bahasa Melayu baku yang baik dan berkesan dari segi sebutan, tatabahasa dan gaya, pertandingan ini juga dapat melahirkan pelajar yang berdaya fikir kreatif, inovatif serta berketerampilan.

  1. haikal says:

    Saya mohon pihak DBP dapat memberi video forum dari Sabah ini.

  2. Nur Hasina says:

    Adakah video tentang forum mereka?

  3. tiara says:

    Tahniah SMK Kuhara!

  4. cik nie says:

    Alhamdulillah..kenangan bersama pelajar..Syukran ya Allah:)

  5. yn says:

    saya ada videonya 🙂

  6. Klik Web DBP says:

    Maaf kami tiada video bagi acara tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036292
    Visit Today : 1070
    This Month : 18891
    Total Visit : 1036292
    Hits Today : 4054
    Total Hits : 4250144
    Who's Online : 12
  • Kategori