Oleh Khairol Anuar Harith Fadzillah

Fenomena aphelion merupakan titik dalam orbit objek yang berada di kedudukan paling jauh dari matahari. Selain itu, titik dalam orbit merupakan objek paling jauh dari matahari yang dikenali sebagai perihelion. Manakala, perkataan aphelion yang berasal daripada kata apo dan helios dalam bahasa Yunani bermaksud menjauh dan terpisah. Seterusnya, kata ap bermaksud paling jauh. Manakala,  perkataan “helion” berasal dari kata helio bermaksud matahari. Oleh itu, gabungan dua suku kata, iaitu suku kata “ap” dan “helios” menunjukkan bumi berada di kedudukan paling jauh dari matahari untuk sesuatu tahun.

Secara umumnya, definisi aphelion menurut konsep pembangunan Hukum Gerakan Planet Kepler merupakan titik paling jauh dalam orbit yang membujur. Manakala, titik yang paling hampir merupakan perihelion. Selain itu, Hukum Gerakan Planet Kepler merupakan tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Malah, teori Hukum Gerakan Planet Kepler telah ditemui dan diperkenalkan oleh Johannes Kepler (1571-1630), ahli matematik dan astronomi Jerman setelah Johannes Kepler mempelajari cerapan sama yang dilakukan oleh Tycho Brahe, ahli astronomi Denmark pada tahun 1605. Hasilnya, Tycho Brahe telah berjaya menghasilkan cerapan terhadap kedudukan planet berdasarkan tiga hukum matematik. Jelaslah bahawa Eccentricity merupakan perbezaan bentuk bulat yang sempurna dengan orbit bumi sebanyak 0.01671 atau 1.67 peratus yang menunjukkan kedudukan orbit bumi adalah hampir bulat.

Perbezaan di antara jarak bumi dengan matahari semasa aphelion dan perihelion telah mencatatkan perbezaan sebanyak tiga peratus. Oleh itu, fenomena aphelion bukanlah penentu terhadap perubahan musim di bumi yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan tidak berlangsung dalam masa sebulan. Selain itu, fenomena aphelion menurut Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) yang bermula pada 4 Julai 2022 menyaksikan kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari. Malah, fenomena aphelion berlaku setiap tahun selama dua minggu selepas Solstis Musim Panas pada 21 Jun 2022. Secara keseluruhannya, fenomena aphelion yang berlaku pada 4 Julai 2022 menunjukkan kedudukan jarak maksimum antara bumi dan matahari ialah 152 098 455 kilometer pada pukul 3.15 petang waktu Malaysia.

Hujan yang berlaku sebelum kemunculan fenomena aphelion pada 4 Julai 2022 disebabkan oleh perubahan monsun angin barat daya yang bertiup lemah dan bertumpu di kawasan barat Semenanjung. Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan, ribut dan petir di kawasan berkenaan. Hakikatnya, fenomena aphelion tidak memberi kesan kepada bumi. Sebagai contohnya, sewaktu musim panas, matahari berada jauh dari bumi. Namun begitu, semasa musim sejuk, matahari lebih hampir dengan bumi. Jelaslah bahawa fenomena aphelion menurut penegasan Muhammad Helmi Abdullah merupakan fenomena semula jadi yang berlaku pada setiap tahun ekoran peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbit yang berbentuk eliptikal.

Kupasan berkaitan dengan fenomena aphelion telah dibincangkan menerusi slot bertajuk “Fenomena Aphelion” dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung di TV1 RTM pada 30 Jun 2022 bersama Encik Mohd Zamri Shah Mastor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara. Dalam Slot Fenomena aphelion tersebut, Encik Mohd Zamri Shah Mastor telah membincangkan fenomena aphelion dan kesan fenomena aphelion. Oleh itu, perubahan fenomena aphelion dalam setahun menyaksikan kedudukan bumi sangat dekat dengan matahari dan ada ketikanya dalam setahun menyaksikan kedudukan bumi sangat jauh dari matahari disebabkan orbit bumi mengelilingi matahari yang berbentuk lonjong atau elips, iaitu berbentuk bulat bujur seperti bujur telur. Selain itu, kedudukan titik bumi yang jauh dari matahari dikenali sebagai titik aphelion. Secara keseluruhannya, fenomena aphelion yang berlaku pada 4 Julai 2022 tepat pukul 3.10 minit petang menunjukkan kedudukan bumi berada di aphelion.

Fenomena aphelion menyaksikan kedudukan bumi berada dekat dengan matahari pada 4 Januari 2022. Selain itu, fenomena aphelion berlaku pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, kemunculan fenomena aphelion menunjukkan kesan pertama kedudukan matahari akan menjadikan saiz matahari lebih kecil sebanyak 3 peratus atau 3.6 peratus. Hasilnya, ahli astronomi juga turut menjalankan kaedah pemerhatian matahari menggunakan teleskop.

Kesan kedua fenomena aphelion menunjukkan jarak bumi lebih jauh dari matahari akan menimbulkan kesan graviti. Oleh itu, apabila matahari berada di kedudukan yang jauh akan menyebabkan kekurangan graviti disebabkan faktor kedudukan bulan. Akhir sekali, kesan terakhir fenomena aphelion merupakan fenomena yang pelik apabila kedudukan bumi semasa berada jauh dari matahari akan menyebabkan musim panas berlaku di negara hemisfera utara.

Secara saintifik, musim panas yang berlaku di hemisfera bumi telah menunjukkan kandungan air sebanyak 80 peratus di hemisfera selatan menyerap haba dan tenaga matahari. Selain itu, musim panas di hemisfera utara turut menyebabkan sumber air berkurangan. Malah, kedudukan bumi apabila berada dekat dengan matahari pada  4 Julai 2022 akan menjadi lebih panas. Haba matahari ketika musim panas di hemisfera utara tidak dapat ditampung dengan air di tanah. Hal ini demikian menyebabkan bumi paling jauh dari matahari disebabkan musim panas di hemisfera utara telah mencatatkan suhu bumi 2.3 darjah celcius lebih tinggi semasa suhu bumi lebih hampir dengan matahari pada 4 Januari 2022.

Semasa bumi berada paling dekat dengan matahari menyebabkan musim panas berlaku di hemisfera selatan. Selain itu, kedudukan air kekal sebanyak 80 peratus di hemisfera selatan. Haba matahari yang diserap dari lautan menjadikan permukaan bumi sejuk disebabkan lautan luas di hemisfera selatan. Fenomena ini merupakan perkara yang berlawanan. Apabila bumi jauh dari matahari menyaksikan kuasa menyerap haba dari lautan berlaku di hemisfera selatan. Tegasnya, fenomena aphelion yang berlaku pada 4 Julai 2022 menjadikan suhu bumi lebih panas.

Perubahan sudut kesihatan dan sudut sains ekoran fenomena aphelion menurut penegasan Encik Mohd Zamri Shah Mastor tidak akan menyebabkan demam dan selesema. Seterusnya, kedudukan bumi yang jauh dari matahari juga tidak menyebabkan demam dan selesema. Hakikatnya, demam dan selesema merupakan fenomena tempatan. Oleh itu, kemunculan fenomena aphelion pada tahun 2023 diramalkan akan berlaku pada 7 Julai 2023 pukul 4.06 petang dengan jarak di antara bumi dengan matahari dianggarkan sejauh 152 093 251 kilometer.

 

BIBLIOGRAFI

Amree Ahmad. “Fenomena Aphelion: Tiada Perubahan Ketara Suhu Petang 4 Julai” Dlm. Utusan Digital  2 Julai 2022.

Hukum Gerakan Planet Kepler Johannes Kepler. ms.wikipedia.org. (Dicapai pada 20 Ogos 2022).

Irwan Shahfrizan Ismail. “Maklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula Esok Palsu” Dlm. Berita Harian, 18 Jun 2022.

Wawancara Langsung Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 RTM bersama Encik Mohd Zamri Shah Mastor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara dalam Slot bertajuk “Fenomena Aphelion” pada 30 Jun 2022.

You Tube Berita RTM: Program Selamat Pagi Malaysia Fenomena Aphelion Bersiaran Langsung pada 30 Jun 2022 di Saluran TV1 RTM Pukul 8.30 Pagi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1294471
    Visit Today : 895
    This Month : 2098
    Total Visit : 1294471
    Hits Today : 3857
    Total Hits : 5971642
    Who's Online : 17
  • Kategori