Imam Muda Ashraf Mohd Ridzuan menegaskan keunggulan Baitul Hikmah dalam era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah merupakan zaman kegemilangan dunia keilmuan dalam tamadun Islam.

OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

MAJLIS Penganugerahan Sijil Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Penganugerahan Sijil Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran oleh Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM menyaksikan seramai 150 orang graduan Kursus Sijil Pengajian Islam dan Kursus Sijil Pengajian al-Quran Peringkat Dewasa menerima Sijil Tamat Kursus. Secara keseluruhannya, semua graduan Kursus Sijil Pengajian Islam dan Kursus Sijil Pengajian al-Quran berumur 18 tahun sehingga 65 tahun telah berjaya menamatkan pengajian dan menduduki peperiksaan setiap semester yang ditetapkan selama dua tahun.

Penganjuran Majlis Penganugerahan Sijil Pengajian Islam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran USM merupakan sebuah program ilmu pengajian Islam, pengajian al-Quran dan pengajian tajwid pertama yang dilaksanakan di USM. Majlis Penganugerahan Sijil Pengajian Islam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran USM telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (BKPI) USM mewakili Naib Canselor USM.

Penubuhan program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM merupakan asas penting kepada seluruh umat Islam dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Lebih membanggakan lagi, program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM telah mengangkat kedudukan Pusat Islam USM dan keunggulan USM sebagai universiti APEX di Malaysia. Jelaslah bahawa program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM telah berjaya mengangkat keunggulan ilmu pengajian Islam dan al-Quran sepanjang hayat.

Menurut Md Roslan, majlis ini merupakan detik bersejarah buat para graduan menerima penghargaan setelah berkorban masa dan tenaga menuntut ilmu pengajian Islam dan al-Quran. Kepentingan Program Pensijilan Islam bersama Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid merupakan tanggungjawab bagi umat Islam mempelajari pengajian Islam dan al-Quran. Jelaslah bahawa faktor usia dan kewangan bukanlah halangan utama untuk umat Islam menjalankan ibadah yang dituntut dalam agama Islam, selain mendalami ilmu agama Islam, pengajian Islam dan pengajian al-Quran.

Program Pensijilan Islam menawarkan Sijil Asas Pengajian Islam seperti Pengantar Fiqah, Pengantar Usul Fiqah, Fiqah Ibadah, Munakahat, Fiqah Muamalat, Akidah dan Akhlak Islamiah, Ulum Hadis, Ulum al-Quran, Bahasa Arab 1 dan Bahasa Arab 2. Selain itu, Sijil PraTahfiz menawarkan Pengajian Penghafazan Lima Juzuk Surah dalam al-Quran, Tahriri Hafazan, Tasmik dan Tadabbur.

Kejayaan penganjuran Program Quran @Qalbu USM 2.0 telah menyaksikan seramai 26 orang tenaga pengajar Program Quran @Qalbu USM 2.0 menerima sijil penghargaan dan cenderamata atas usaha mereka melahirkan para graduan dalam pengajian Islam dan al-Quran sepanjang tahun di USM. Dalam Program Quran @Qalbu USM 2.0 turut berlangsung Ceramah Perdana bertajuk “Ilmu Melestarikan Ummah” yang disampaikan oleh Selebriti Dakwah, Imam Muda Ashraf Mohd Ridzuan.

Secara umumnya, Ceramah Perdana ini membincangkan keunggulan ilmu pengajian Islam dan tamadun Islam yang telah berjaya mengangkat keunggulan dan perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Malah, Imam Muda Ashraf turut menegaskan bahawa keunggulan Baitul Hikmah dalam era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah merupakan era kemuncak zaman kegemilangan dunia keilmuan dalam tamadun Islam.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1032205
    Visit Today : 1164
    This Month : 14804
    Total Visit : 1032205
    Hits Today : 4116
    Total Hits : 4226388
    Who's Online : 19
  • Kategori