Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid oleh Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM menyaksikan seramai 150 orang graduan Kursus Sijil Pengajian Islam dan Kursus Sijil Pengajian al-Quran dan Tajwid Peringkat Dewasa telah menerima Sijil Tamat Kursus Pengajian Islam dan Kursus Pengajian al-Quran juga Tajwid Peringkat Dewasa. Semua graduan Kursus ini berumur 18 tahun hingga 65 tahun telah berjaya menamatkan pengajian dan menduduki peperiksaan setiap semester yang ditetapkan selama dua tahun.

Para graduan di Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid merakamkan gambar kenangan bersama.

Penganjuran Majlis Penganugerahan Sijil Pengajian Islam juga Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid USM merupakan sebuah program ilmu pengajian Islam, pengajian al-Quran dan pengajian tajwid pertama yang dilaksanakan di USM. Profesor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (BKPI) USM mewakili Naib Canselor USM menyampaikan ucapan penghargaan kepada Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM atas kejayaan menawarkan program pengajian Islam dan pengajian al-Quran sepanjang hayat. Selain itu, program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM merupakan asas penting kepada seluruh umat Islam dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Lebih membanggakan, program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM telah mengangkat kedudukan Pusat Islam USM dan keunggulan USM sebagai universiti APEX di Malaysia. Jelaslah bahawa program ini telah berjaya mengangkat keunggulan ilmu pengajian Islam dan al-Quran sepanjang hayat.

Ustazah Hajah Rohayati Daud merasmikan Program Quran@Qalbu USM 2.0.

Menurut Profesor Dr. Md Roslan Hashim, detik bersejarah ini sebagai penghargaan kepada graduan Program Pensijilan Islam setelah berkorban masa dan tenaga menuntut ilmu pengajian Islam dan al-Quran. Kepentingan program ini merupakan tanggungjawab bagi umat Islam mempelajari pengajian Islam dan al-Quran. Faktor usia dan kewangan bukanlah halangan utama untuk umat Islam menjalankan ibadah yang dituntut dalam agama Islam, selain mendalami ilmu agama Islam, pengajian Islam dan pengajian al-Quran.

Semua graduan di Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid menyanyikan lagu Negaraku dan Menara Ilmu.

Program Pensijilan Islam menawarkan Sijil Asas Pengajian Islam seperti Pengantar Fiqah, Pengantar Usul Fiqah, Fiqah Ibadah, Munakahat, Fiqah Muamalat, Akidah dan Akhlak Islamiah, Ulum Hadis, Ulum al- Quran, Bahasa Arab 1 dan Bahasa Arab 2. Selain itu, Sijil PraTahfiz menawarkan pengajian Penghafazan Lima Juzuk Surah dalam al-Quran, Tahriri Hafazan, Tasmik dan Tadabbur. Program ini juga menekankan asas pengajian Islam, al-Quran, syariah, akidah dan akhlak.

Imam Muda Ashraf Mohd Ridzuan menegaskan bahawa keunggulan Baitul Hikmah dalam era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah merupakan zaman kegemilangan dunia keilmuan dalam tamadun Islam.

Kejayaan Program Quran @Qalbu USM 2.0 telah menyaksikan seramai 26 orang tenaga pengajar menerima sijil penghargaan dan cenderamata atas usaha mereka melahirkan para graduan dalam pengajian Islam dan al-Quran sepanjang tahun di USM. Turut diadakan dalam majlis tersebut ceramah pengajian Islam yang menampilkan Selebriti Dakwah, Imam Muda Ashraf Mohd Ridzuan dengan tajuk ceramah “Ilmu Melestarikan Ummah.” Ceramah tersebut, Imam Muda Ashraf Mohd Ridzuan membincangkan keunggulan ilmu pengajian Islam dan tamadun Islam yang telah berjaya mengangkat keunggulan, kedudukan dan perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa keunggulan Baitul Hikmah dalam era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah merupakan era kemuncak zaman kegemilangan dunia keilmuan dalam tamadun Islam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Ustazah Hajah Rohayati Daud, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM mewakili Pengarah Pusat Islam USM dan Ustaz Zayd Zhari, Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam USM.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043888
    Visit Today : 309
    This Month : 26487
    Total Visit : 1043888
    Hits Today : 837
    Total Hits : 4285810
    Who's Online : 16
  • Kategori