Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba merupakan himpunan koleksi 33 buah kisah benar, suka duka yang telah dialami oleh penulis sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang pegawai PERHILITAN selama hampir 29 tahun. Sebagai tambahan, terdapat satu bab khas yang memperincikan segala persiapan serta petua-petua penting bagi kemandirian diri kepada mereka yang ingin mengembara di dalam hutan bagi jangka masa yang agak lama dengan hanya berbekalkan makanan dan peralatan yang minimum.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, banyak tugasan mencabar dan berbahaya yang telah dilalui, antaranya ialah tugas memburu harimau yang telah membaham manusia, menangkap gajah liar, memburu pemburu haram hidupan liar serta meneroka rintis baharu yang memerlukan kesabaran pengalaman serta keyakinan dalam diri untuk melaksanakannya.

Buku ini diharpkan agar dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada pegawai serta renjer PERHILITAN yang masih berkhidmat serta kepada mereka yang sayang dan gemar akan alam semula jadi dan hidupan liar.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1054313
    Visit Today : 1258
    This Month : 2566
    Total Visit : 1054313
    Hits Today : 4318
    Total Hits : 4327836
    Who's Online : 5
  • Kategori