KHAIROL   ANUAR   HARITH   FADZILLAH

Seminar Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu telah bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Webex pada 30 Jun 2020. Pembentangan kertas kerja dalam Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu sesi satu bertajuk “Sejarah Terjemahan” telah bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sesi kedua yang bertajuk “Kaedah dan Teknik Terjemahan” pada pukul 2.30 petang dan telah tamat pada 4.30 petang.

Poster Webinar Antarabangsa terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu yang berlangsung menerusi aplikasi Webex

 Pada dasarnya istilah “Webinar” diambil daripada dua perkataan, menerusi perkataan pertama, iaitu Website  dan perkataan kedua, iaitu “seminar.” Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu ini di anjurkan oleh Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Bahagian Terjemahan dan Interpretasi (BATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama rakan strategik Pusat Kebudayaan Han Malaysia dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing, China. Penganjuran webinar ini bertemakan “Sejarah Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu juga Kaedah dan Teknik Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu” mempunyai objektif serampang tiga mata berdasarkan tiga senarai objektif yang berikut:

  1. 1. Menemukan di antara penyelidik terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Cina dari Malaysia dan China untuk membentangkan berkenaan kajian menerusi hasil    penyelidikan oleh para penyelidik dan sarjana bahasa Melayu, bahasa Cina dan terjemahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina.
  2. 2.Mengeratkan hubungan kerjasama dua hala Malaysia-China menerusi penyelidikan terjemahan bahasa Melayu dan bahasa cina.
  3. 3.Menghasilkan manuskrip buku ilmiah dalam bidang terjemahan bahasa Cina dan terjemahan bahasa Melayu sebagai rujukan amali penyelidikan terjemahan, selain mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China.
Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM menyampaikan ucapan penghargaan secara dalam talian terhadap kejayaan penganjuran Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Inggeris

Upacara Perasmian Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Selain itu,Dato’ Goh Hin San, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia turut menyampaikan ucapan perasmian Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu. Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu disertai oleh para sarjana bahasa Melayu, bahasa Cina dan terjemahan dari pelbagai universiti terkemuka di China yang menjalinkan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang bahasa Melayu, bahasaCina dan terjemahan bersama UniTI, PPIK dan USM Pulau Pinang.

Keunggulan USM, Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Bahagian Terjemahan dan Interpretasi (BATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK)telah mencipta sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia yangmenganjurkan Webinar Antarabangsa Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu.Selain itu, keunggulan BATI, PPIK dan USM Pulau Pinang jugamerupakan universiti dan pusat pengajian pertama di Malaysia yang menawarkan program pengajian terjemahan dan interpretasi di peringkat ijazah sarjana muda sejak tahun 1992 sehingga kini telahmenawarkan pengajian terjemahan dan interpretasi di peringkat pengajian Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah demi memenuhikeperluan kerjaya terjemahandan jurubahasa dalam sektor awam dan swasta.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035075
    Visit Today : 1291
    This Month : 17674
    Total Visit : 1035075
    Hits Today : 6417
    Total Hits : 4244751
    Who's Online : 7
  • Kategori