Buluh mempunyai pelbagai kegunaan namun telah dihadkan hanya untuk membina rumah selain rebungnya yang boleh dijadikan sebagai bahan makanan. Sejak kebelakangan ini, buluh dilihat melalui imej yang lain, iaitu fungsinya sebagai tanaman landskap telah diterima oleh masyarakat. Peranan buluh sebagai tanaman landskap masih perlu diketengahkan setelah penulis bekerja dan berkecimpung selama 23 tahun sebagai ahli silvikultur dan penyelidik tentang tumbuhan buluh. Setakat ini, tiada buku secara khusus diterbitkan mengenai buluh sebagai tanaman landskap di kawasan tropika. Dari segi fungsi buluh sebagai tanaman landskap, selain sebagai nilai estetik, buluh juga berperanan sebagai tanaman teduhan yang sangat diperlukan, terutamanya di kawasan bandar disebabkan faktor cuaca tropika yang panas. Tambahan pula dengan adanya rerambut pada bahagian bawah daun-daun buluh, ia mampu mengawal pencemaran bunyi bising yang berpunca daripada bunyi enjin kereta dan asap yang berbahaya. Pokok buluh boleh dilenturkan dengan menjadikannya sebagai “tanaman renek” melalui beberapa teknik pemangkasan yang mampu membentuk silara buluh mengikut bentuk yang dikehendaki. Disebabkan kelebihan ini, tanaman buluh sangat sesuai ditanam di kawasan sekolah, universiti, kawasan taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi. Selain itu, buluh juga sesuai ditanam di kawasan perumahan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1041932
    Visit Today : 1247
    This Month : 24531
    Total Visit : 1041932
    Hits Today : 5480
    Total Hits : 4276023
    Who's Online : 5
  • Kategori