HANIF olahragawan muda yang menjadi kebanggaan sekolah dalam sukan bola sepak dan acara-acara sukan yang lain. Namun, pergolakan dalam keluarga Hanif membawa perpecahan. Nenek Hanif tidak menyukai ayah Hanif. Ayah Hanif akhirnya membawa mereka berpindah. Dalam puncak kegemilangannya sebagai olahragawan harapan, Hanif disahkan menghidap sakit jantung dan perlu dirawat di luar negara.
“Ya Allah! Mengapa ni Hanif!”
“Bersabarlah Hamdan, anak kau ni dirasuk hantu bukit!”
“Hantu bukit apa ni! Ya Allah, anakku, mukanya dah pucat, dah biru
ni …” rintih abah sayu sekali.