Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

 

Dalam satu wawancara akhbar Kosmo dengan Allahyarham Datuk Aziz Sattar
ketika era kegemilangan Tan Sri P. Ramlee, Tan Sri P. Ramlee menegaskan
“Seni bukan untuk duit, tetapi untuk masyarakat,” meski Tan Sri P. Ramlee
 mendapat bayaran yang sedikit hasil lakonan mahupun hasil pengarahannya.
 Tegas Tan Sri P. Ramlee, karya yang terhasil mestilah karya yang bermutu.”

 

DEMIKIAN petikan dalam sebuah wawancara bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar dalam akhbar Kosmo yang menceritakan keunggulan bahasa dan karya agung menurut pemikiran Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Oleh hal yang demikian, keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee telah berjaya dipentaskan menerusi 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee PGT 203 di Dewan Kuliah U (DKU), Foyer DK, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 23 Mei 2016. Keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee yang dipersembahkan dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 Sidang Akademik 2015/ 2016 diserlahkan berdasarkan keunggulan bahasa yang dipaparkan dalam 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203.

Pada dasarnya, keunggulan bahasa terbaik dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 dipersembahkan menerusi keunggulan gaya bahasa ungkapan dalam teater Madu Tiga Suku oleh Produksi 6A sebagai juara pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203. Selain itu, keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee yang dipentaskan, dilihat berdasarkan keunggulan gaya bahasa ungkapan dalam pementasan teater Masam-masam Manis Bermadu oleh Produksi 5B. Lebih menarik lagi, hasil keindahan bahasa dan keunggulan gaya bahasa ungkapan yang dipaparkan dalam teater Masam-masam Manis Bermadu oleh Produksi 5B telah berjaya memenangi Anugerah Khas Juri. Keunggulan bahasa dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 dipaparkan berdasarkan senarai petikan keunggulan bahasa ungkapan bagi lapan pementasan teater lain berdasarkan adaptasi daripada rangkaian filem P. Ramlee.

 

Kumpulan pelakon Madu Tiga Suku sebelum melakonkan adegan pementasan teater Tribute P. Ramlee.

Keunggulan Bahasa dalam Pementasan Teater Tribute P. Ramlee: PGT 203

Kepentingan bahasa sememangnya memainkan peranan penting dalam sesebuah karya sastera dan seni lakonan pementasan teater. Selain itu, kepentingan bahasa dalam pementasan teater boleh menyerlahkan lagi keunggulan bahasa dan menarik minat penonton teater untuk menghayati plot dan kekuatan bahasa dalam sesebuah pementasan teater menerusi rangkaian teater yang dipentaskan. Malah, konsep gaya bahasa menurut Abd. Hadi Hashim dalam Kupasan dan Kajian Merit Elektif Kesusasteraan Melayu (2002) ialah cara pengarang menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karyanya. Kemahiran mempelbagaikan gaya bahasa dalam cerita yang dipentaskan menerusi pementasan teater mampu memancarkan estetika dalam sesuatu karya, selain menonjolkan keperibadian penulis skrip teater yang memiliki gaya bahasa yang tersendiri. Malah, gaya bahasa merupakan cara yang digunakan oleh pengarang untuk mempersembahkan tema, persoalan, latar cerita dan pelbagai aspek yang terkandung dalam sesebuah cerita untuk pementasan sesebuah karya teater. Keunggulan aspek gaya bahasa dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 dipaparkan menerusi keunggulan gaya bahasa ungkapan dalam teater Madu Tiga Suku oleh Produksi 6A. Selain itu, keunggulan gaya bahasa ungkapan dan keunggulan gaya bahasa simile turut dipaparkan dalam teater Masam-masam Manis Bermadu oleh Produksi 5B.

Keseluruhan pemenang dalam Pementasan Teater Tribute P. Ramlee bergambar kenangan bersama pensyarah PGT 203, Prof Madya Dr. Fadzilah Amzah.

Pada dasarnya, keunggulan bahasa ungkapan berdasarkan definisi Kamus Dewan Edisi Keempat ialah susunan kata yang digunakan dalam percakapan, tulisan, frasa atau rangkai kata yang tertentu dan susunan kata yang indah. Selain itu, definisi ungkapan merupakan gabungan kata yang khusus dan tertentu yang bertujuan untuk menyatakan sesuatu maksud dan simpulan bahasa. Malah, definisi ungkapan dalam konteks bahasa bagi bidang matematik dikenali sebagai gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara. Demikian juga dengan definisi ungkapan dalam bidang bahasa, bidang kesusasteraan dan bidang matematik jelas menggambarkan bahawa gaya bahasa ungkapan digunakan dalam komunikasi secara lisan, tulisan, pengiraan, selain pemilihan frasa dan diksi yang tepat untuk menyerikan keindahan bahasa dalam susunan kata-kata. Begitu juga dengan keunggulan gaya bahasa ungkapan yang dipaparkan dalam teater Madu Tiga Suku dan Masam-masam Manis Bermadu menerusi pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 yang menyerlahkan ketepatan pemilihan frasa yang mampu menyerikan keindahan bahasa dalam susunan kata-kata.

 Rangkaian Karya Agung P. Ramlee dalam Teater Tribute P. Ramlee: PGT 203

Sejarah kewujudan konsep karya agung menurut pandangan Warren dan Wellek dalam Theory of Literature: Third Edition dari segi bahasa berasal daripada istilah masterpieces dalam bahasa Inggeris. Selain itu, istilah masterpieces dalam bahasa Melayu bermaksud karya agung. Konsep karya agung yang dihasilkan oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee menurut Hassan Ahmad dalam Yayasan Karyawan melambangkan keunggulan P. Ramlee sebagai Seniman Agung yang mengangkat keunggulan bahasa, idealisme, nilai, falsafah, akal budi dan budaya bangsa dalam rangkaian 66 buah filem dan 401 buah lirik lagu kekal unggul sepanjang zaman dalam minda kolektif dunia hiburan dan lakonan di Malaysia.

Pementasan Teater Tribute P. Ramlee dalam Penilaian Kerja Kursus PGT 203

Pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 Sidang Akademik 2015/ 2016 yang diadakan di Universiti Sains Malaysia merupakan penilaian Kerja Kursus PGT 203: Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal bagi para pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Para pelajar Kursus PGT 203 berjaya membentuk 11 buah produksi yang mementaskan 11 buah teater adaptasi rangkaian filem karya agung Tan Sri P. Ramlee.

Kursus PGT 203: Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal untuk guru merupakan kursus teras bagi semua bakal guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Pengajaran dan Pembelajaran Kursus PGT 203 bertujuan untuk membina kemahiran berbahasa dan kemahiran berkomunikasi para guru di sekolah seiring dengan sikap proaktif dalam dunia pendidikan. Strategi metakognitif dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 membina kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan kemahiran bahasa, kemahiran kecekapan berbahasa, kemahiran kesusasteraan dan kemahiran seni yang boleh diterapkan oleh bakal guru bersama-sama dengan murid di sekolah berdasarkan aktiviti lakonan dan pementasan teater yang dipersembahkan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu, Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3).

 Sinopsis Teater Madu Tiga Suku dalam Pementasan Teater Tribute P. Ramlee

Teater Madu Tiga Suku mengisahkan kehidupan Jamil sebagai suami kepada Tipah yang bersikap penipu dan mencari helah demi memastikan rancangannya untuk berkahwin lain berjalan lancar. Jamil bekerja di Pejabat Agama Daerah dan dibantu oleh pembantunya, iaitu Rafi. Pelbagai peristiwa berlaku melibatkan Jamil dan tiga orang isterinya. Setelah Jamil berkahwin dengan Hasnah dan Rohani, malang yang menimpa Jamil telah memberi kesedaran kepada Jamil yang mementingkan nafsu bahawa lelaki boleh berkahwin lebih daripada seorang isteri. Malangnya, perkahwinan Jamil dengan tiga isterinya mengundang pelbagai konflik, selain konflik dalam perkahwinan ketiga Jamil dengan Rohani. Akhirnya, penyatuan Jamil bersama ketiga-tiga isterinya membuktikan Jamil perlu berlaku adil kepada mereka sebagai seorang suami dengan sewajarnya. Jamil telah dimaafkan oleh ketiga-tiga isterinya. Jamil sedar akan sikap buruknya menipu isteri-isterinya mendatangkan kesan buat Jamil yang mementingkan diri dengan menurut ego lelaki dan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri-isterinya.

 Keunggulan Teater Madu Tiga Suku dalam Tribute P. Ramlee

Teater Madu Tiga Suku merupakan adaptasi daripada filem Madu Tiga yang ditayangkan pada tahun 1964. Filem Madu Tiga arahan P. Ramlee dan penerbit, iaitu Vee Meng Shaw. Manakala, teater Madu Tiga Suku diarahkan oleh Manak Ek sebagai pengarah. Teater Madu Tiga Suku dibintangi oleh Manak Ek, Aimi, Fatiehah Manaf, Farahin. Salina Hanafi, Fatini, Nizam, Nabila, Mahesi, Nadirah, Zahirah dan Afiqah. Skrip teater Madu Tiga Suku ditulis oleh Salina Hanafi memaparkan keunggulan bahasa ungkapan dan perwatakan berdasarkan plot dalam filem Madu Tiga (1964). Keunggulan teater Madu Tiga Suku yang dinobatkan sebagai juara pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 merupakan kejayaan dan pengalaman awal bagi Produksi 6A dalam pementasan teater di peringkat universiti.

Keunggulan teater Madu Tiga Suku berjaya dinobatkan sebagai Juara Pementasan Teater Tribute P. Ramlee.

Keunggulan Bahasa Ungkapan dalam Tema Poligami Teater Madu Tiga Suku

Tema poligami dalam teater Madu Tiga Suku seperti tema poligami dalam filem Madu Tiga (1964) memaparkan keunggulan bahasa yang tersendiri berdasarkan setiap dialog yang dituturkan oleh para pelakon daripada babak awal hingga ke babak akhir. Oleh itu, keunggulan bahasa berdasarkan tema poligami dalam teater Madu Tiga Suku dipaparkan menerusi keunggulan gaya bahasa ungkapan yang tertera dalam poster teater Madu Tiga Suku, iaitu “Cinta bukan untuk dipoligami”. Tema poligami dalam teater Madu Tiga Suku memaparkan keinginan Jamil untuk berpoligami menerusi gaya bahasa ungkapan, iaitu “Cinta bukan untuk dipoligami” telah dijelaskan oleh Jamil ketika babak majlis perkahwinannya bersama Hasnah:

Jamil:  Sebagaimana yang sedia maklum, perkahwinan ini mendapat izin daripada
                       isteri tua saya kerana sampai sekarang beliau tidak beranak.
                                                                                              (Madu Tiga Suku, 2016: 4)

 

Sinopsis Teater Masam-masam Manis Bermadu dalam Tribute P. Ramlee

Teater Masam-masam Manis Bermadu mengisahkan percintaan Cikgu Shaari sebagai guru sekolah dan penyanyi bernama Norkiah. Pada masa yang sama, Cikgu Shaari menyamar sebagai “Abdul Wahub” demi memikat Qasidah yang menurut arahan orang tuanya, iaitu ayah Qasidah supaya memikat Abdul Wahub agar Qasidah dapat berkahwin dengan Abdul Wahub. Penyamaran Cikgu Shaari sebagai “Abdul Wahub” telah diketahui oleh Norkiah dan Qasidah. Akhirnya, penyatuan Cikgu Shaari bersama Qasidah dan Norkiah disulami dengan penuh kebahagiaan.

Keunggulan cerita dalam Teater Masam-masam Manis Bermadu diadaptasikan daripada filem Masam-masam Manis.

Keunggulan Bahasa dalam Teater Madu Tiga Suku

Keunggulan pementasan teater Masam-masam Manis Bermadu merupakan sebuah karya pementasan teater adaptasi filem Masam-masam Manis (1965) dan filem Tiga Abdul (1964) yang diarahkan oleh P. Ramlee. Teater Masam-masam Manis Bermadu, karya Produksi 5B diarahkan oleh pengarah pentas, Fakrul. Skrip teater Masam-masam Manis Bermadu ditulis oleh Nazifah. Aspek prop dan pengurusan pentas teater Masam-masam Manis Bermadu diterajui oleh Fatin, Azwa, Kah Ching, Yong Fatt dan Syuhaimi Alia. Teater Masam-masam Manis Bermadu lakonan Khairul Amri Rashid, Natrah Othman, Wan Syafikah, Asilah dan Yong Fatt. Kekuatan cerita melalui plot dan watak dalam teater Masam-masam Manis Bermadu mengadaptasi plot dan watak dalam filem Masam-masam Manis (1965) dan Tiga Abdul (1964). Keunggulan teater Masam-masam Manis Bermadu berjaya memenangi Anugerah Khas Juri berdasarkan penilaian para juri yang menyifatkan keunggulan bahasa dan kekuatan cerita dalam teater Masam-masam Manis Bermadu begitu memikat hati para penonton.

Tema dalam teater Masam-masam Manis Bermadu diilhamkan daripada filem Masam-masam Manis (1965) dan filem Tiga Abdul (1964). Oleh itu, tema dalam teater Masam-masam Manis Bermadu memaparkan tema percintaan seorang guru sekolah dan penyanyi. Pada masa yang sama, Cikgu Shaari bercinta dengan Qasidah sambil menyamar sebagai “Abdul Wahub”. Akhirnya, Cikgu Shaari membuat pilihan antara Norkiah dan Qasidah, siapakah yang bakal menjadi isteri Cikgu Shaari seperti yang diungkapkan dalam ungkapan yang berikut:

“Antara Qasidah dengan Norkiah, siapakah yang akan menjadi pilihan hati
Cikgu Shaari a.k.a Abdul Wahub. Sama-sama lah kita nantikan.”
                                                   (Masam-masam Manis Bermadu, 2016: 1)

 

Keunggulan Bahasa Ungkapan dalam Teater Masam-masam Manis Bermadu

Keunggulan teater Masam-masam Manis Bermadu menampilkan gaya bahasa ungkapan yang diungkapkan oleh para pelakon daripada babak awal hingga babak akhir cerita Masam-masam Manis Bermadu. Malah, keunggulan bahasa ungkapan mula dipaparkan pada poster teater Masam-masam Manis Bermadu berikut, iaitu “Manis itu madu, pahit itu hempedu, masin pula budu dan masam itu kamu. Cinta apabila setia manis akarnya, namun apabila didusta masam bak cuka, bila mana cinta didusta, dua watak menjadi satu.”

Rangkaian pementasan teater Tribute P. Ramlee PGT203 menampilkan keunggulan bahasa ungkapan dalam enam pementasan teater lain berdasarkan adaptasi rangkaian karya agung P. Ramlee. Keunggulan bahasa ungkapan dalam Pementasan teater The Reunion Of Teuku Zakaria, Sarjan Hassan, Jodoh Si Sudin, Si Bongkok, Ibu Mertuaku dan Ali Baba dan Gadis Penyamun dipaparkan dalam poster pementasan teater yang bertanding dalam Pementasan Teater Tribute P. Ramlee: PGT203 Sidang Akademik 2015/ 2016:

Produksi 1A:  Teater The Reunion Of Teuku Zakaria – “Mampukah kudrat realitiku

menoktahkan pertempuran kuasa-kuasa hikayat ceritera ciptaanku.”

Produksi 2A:  Teater Sarjan Hassan – “Biar mati berdiri dari hidup melutut.”

Produksi 2B:  Teater Sebelum Musang Berjanggut.

Produksi 3A:  Teater Anugerah P. Ramlee.

Produksi 3B:  Teater Si Bongkok – “Bongkok bukan sebarang bongkok, bongkok

budiman anugerah Tuhan.”

Produksi 4A: Teater Ibu Mertuaku – “Andai kata cinta boleh memilih, tentu air mata

tidak akan mengalir.”

Produksi 6B: Teater Ali Baba dan Gadis Penyamun – “Yang tamak akan selalu berugi

andai hidup dipasung nafsu.”

Produksi 5A: Teater Jodoh Si Sudin – “Mampukah Sudin membina mahligai bersama

Zaitun? Atau dihalang oleh maknya?”

(https://www.facebook.com/pementasanteaterpgt203. Dicapai pada 25 Jun 2017)

Secara keseluruhannya, pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 yang dipersembahkan oleh 11 buah produksi yang mementaskan 11 buah teater berjaya mengangkat keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee. Tahniah buat 11 produksi yang menjayakan pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 bagi penilaian Kerja Kursus PGT 203: Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal. Keunggulan P. Ramlee dalam dunia seni lakonan dan hiburan Nusantara dan Asia tetap unggul sebagai pejuang bahasa, pelakon, pengarah, penyanyi, pemuzik, penulis skrip, pelawak, penulis lirik dan pencipta lagu selama 45 tahun. Keunggulan gaya bahasa ungkapan dipersembahkan dengan penuh indah dalam dua rangkap ungkapan dalam teater Madu Tiga Suku dan Masam-masam Manis Bermadu:

 Cinta bukan untuk dipoligami.
 Dalam benci ada rindu yang mengisi.
          Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
          Dalam resah ada kasih yang mengisi.
          Dalam diam ada madu yang mula bercambah.
          Ini madu bukan sebarang madu ini Madu Tiga Suku.
                                                     (Madu Tiga Suku, 2016: 1)

 

“Manis itu madu, pahit itu hempedu, masin pula budu dan masam itu kamu.
 Cinta apabila setia manis akarnya, namun apabila didusta masam bak cuka,
 bila mana cinta didusta, dua watak menjadi satu.”
                                                        (Masam-masam Manis Bermadu, 2016: 1)

 

BIBLIOGRAFI

Abd Hadi Hashim, 2002. Kupasan Kajian Merit Elektif Kesusasteraan Melayu KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Https://www.facebook.com/pementasanteaterpgt203.Dicapai pada 24 Oktober 2017.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siri Ulasan dan Kajian Kesusasteraan Melayu SPM Teks Novel Restu Tingkatan 4 dan 5, 2001. Seri Kembangan: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050464
    Visit Today : 1309
    This Month : 33063
    Total Visit : 1050464
    Hits Today : 7690
    Total Hits : 4312451
    Who's Online : 2
  • Kategori