oleh NAZARIYAH BINTI SANI

LEKSIKAL ialah kata, kosa kata, diksi, perbendaharaan kata sesuatu bahasa.  Kata dalam sesuatu bahasa mempunyai makna atau senarai makna yang tidak disyaratkan oleh struktur sintaksis. Dengan kata lain leksikal ialah kata yang telah mempunyai makna yang diberikan dalam kamus.  Sebagai contoh, dalam kamus bahasa Melayu kata “ketupat” merujuk kepada beras yang dimasak lama dalam sarung yang dianyam daripada daun kelapa muda.

Masyarakat Melayu faham akan perkara ketupat tersebut. Kata ketupat tersebut tidak perlu disokong oleh unsur bahasa yang lain atau susunan kata untuk membentuk makna yang difahami. Makna leksikal ialah makna yang ada dalam kamus, terkandung dalam sesuatu bentuk kata yang tidak dibatasi oleh struktur perkataan tersebut (Syed, 2001).

Hal ini bererti, leksikal merupakan kata yang bebas daripada sistem tatabahasa normatif dan mempunyai makna yang tersendiri (Asmah, 1993).  Leksikal juga ialah komponen bahasa yang memuatkan segala informasi tentang makna dan pemakaian kata dalam bahasa.  Leksikal merupakan perkara yang berkaitan dengan leksem, kata dan leksikon dalam bidang leksikografi yang tiada kaitan dengan gramatikal.

Perkataan leksikografi berasal daripada perkataan Yunani lexikos yang bererti ‘kata’ dan graphia yang bererti ‘tulisan’ (Ibrahim, 2005). Makna leksikal ialah makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat (Chaer, 1994). Sebuah kamus merupakan contoh yang tepat tentang semantik leksikal (Pateda, 2001).  Oleh itu, leksikal berkait rapat dengan makna sesuatu kata dan bidang perkamusan.

Menurut Hornby (1985), leksikal ialah ‘of the vocabulary of a language’. Sementara Lutfi Abas dan Awang Sariyan (1988) pula mengatakan, leksikal ialah perkara yang berkaitan dengan perkataan. Summers (1991), menyebut leksikal sebagai, ‘teach of or concerning words’. Sementara itu, Sinclair (1993), mendefinisikan leksikal sebagai ‘means concerning the word’s vocabulary of language, a technical term in linguistics’.

Berdasarkan beberapa definisi leksikal yang dinyatakan tersebut, dapat dirumuskan bahawa, makna leksikal ialah makna asal yang sebenarnya. Makna leksikal merupakan makna yang bertepatan dengan perkara yang tertulis dan yang kita lihat. Jelasnya makna yang ada dalam kamus. Contohnya entri ‘kucing’ memiliki makna leksikal sejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sebagai binatang kesayangan. Untuk memberi kefahaman kepada orang yang tidak tahu makna kucing, begitulah definisinya mengikut kamus.

Manakala entri ‘buku’ pula bermakna helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis. Tetapi terdapat makna lain untuk entri kucing, buku, ketupat dan lain-lain yang masih difahami kini.  Sebagai contoh dengan kemajuan teknologi, kucing yang dikacuk mungkin ada yang tidak berbulu lembut dan tebal lagi.  Ada kucing yang tidak berbulu sama sekali.  Bukan dipelihara sebagai binatang kesayangan di rumah tetapi digunakan untuk tujuan komersial seperti sarkas.

Berikut disenaraikan perkataan-perkataan dengan makna leksikal dan makna lain.

BIL. PERKATAAN MAKNA LEKSIKAL MAKNA LAIN
1. Kucing Binatang yang kecil

Berbulu lembut dan tebal

Binatang peliharaan

Berkaki empat

Tidak berbulu

Sarkas

2. Buku Helaian kertas berjilid

Bercetak

Berisi tulisan

Ada ruangan kosong untuk ditulis

Tidak bercetak

Atas talian

3. Ketupat Beras yang dimasak dalam

kelongsong yang dianyam dari daun kelapa pada hari raya.

Beras yang dimasak dalam plastik.

Didapati setiap hari.

4. Pensel Alat tulis daripada kayu kecil yang berisi grafit Alat tulis daripada plastik yang berisi grafit
5. Gasing Permainan daripada kayu dan berpaksi yang dapat dipusingkan dengan tali Permainan daripada plastik

Boleh tanpa tali

6. Kuali Bekas berbentuk mungkum

Bertelinga

Daripada besi

Untuk menggoreng

Bekas berbentuk leper

Tanpa telinga

Daripada keluli

Pelbagai guna

7. Kendi Bekas air yang bermuncung.

Bertangkai

Dibuat daripada tembikar

Bekas air pelbagai bentuk

Dibuat daripada plastik dan lain-lain

8. Pegaga Tumbuh-tumbuhan herba yang menjalar liar di tanah

Dibuat ulam

Tumbuh-tumbuhan herba yang ditanam di pasu

Dikomersialkan

Oleh itu, aspek leksikal merupakan bidang linguistik yang perlu kepada kajian yang sistematik. Bidang ini menarik, boleh berkembang dengan memasukkan pelbagai unsur seperti inovasi dan kreativiti.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035110
    Visit Today : 1326
    This Month : 17709
    Total Visit : 1035110
    Hits Today : 6986
    Total Hits : 4245320
    Who's Online : 2
  • Kategori