FIRDAUS ABDULLAH ”atau secara formal pernah dikenal dengan panggilan“ Senator Profesor Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah”, adalah seorang individu yang versatile dalam pelbagai segi. Secara formal, pendidikan universiti yang diperolehnya di tiga buah pusat perguruan tinggi Amerika Syarikat adalah dalam bidang kewartawanan dan ilmu politik. Tetapi beliau lebih terkenal sebagai penyair yang bermadah mengenai bermacam-macam peristiwa. Beliau menulis sajak tentang kota perjudian “Las Vegas” dan tentang tumpuan ibadah umat Islam “Ka’bah di Kota Mekah” atau tentang keindahan alam “sawah-sawah berjenjang di ranah Minang” dan “kerdipan neon di kota-kota metropolitan New York dan Tokyo” atau memuja dengan nada yang amat romantik “keistimewaan gadis Jepang kelahiran Amerika, Patricia Takemoto” dan memekikkan dengan penuh patriotis “kepahlawanan Maharajalela membunuh James Birch di Pasir Salak”. Sejak muda dikenal sebagai seorang deklamator. Sebagai pengucap awam (public speaker), kegiatannya merentas atau terentang antara acara perjodohan (sebagai jurucakap majlis pertunangan dan pernikahan) hingga ke perbahasan di Parlimen (Dewan Negara) dan persidangan parlimen antarabangsa peringkat ASEAN dan pernah juga berucap sebagai anggota delegasi Malaysia ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan muda dengan bimbingan A. Samad Ismail dan kemudian sebagai seorang ahli akademik di bawah pimpinan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz hingga mencapai kedudukan sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya. Apabila bersara daripada jawatan profesor di Universiti Malaya, untuk selama dua tahun secara bergilir-gilir, beliau mengetuai dua anak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan Utusan Karya). Setelah itu, selama tiga tahun beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan akhirnya dilantik sebagai Senator (2009–2015) sambil menjadi Pakar Rujuk/Fellow Penyelidik Kanan di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (2008–2016).

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014966
    Visit Today : 995
    This Month : 34311
    Total Visit : 1014966
    Hits Today : 5432
    Total Hits : 4142234
    Who's Online : 12
  • Kategori