MELIHAT situasi dunia yang selalu bergolak pada abad ke-20 dan menjelang abad ke-21 ini, dalam “Emmamalia” penulis sempat bertanya, akan runtuhkah peradaban, dan masih wujudkah kemanusiaan dan peradaban di dunia yang sama-sama dijulang dan ditunggangi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di Nusantara Melayu Raya juga menghadapi masalah untuk mewujudkan tamadun yang diasaskan oleh nenek moyang kita. Pengalaman Malaysia ialah pengalaman yang berupa ujian bagi mewujudkan solidariti dan perpaduan antara kaum. Tolak ansur dan rasa saling menghormati menjadi jambatan utama untuk mengelakkan prasangka yang leluasa. Tragedi 13 Mei yang dilalui tentulah meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis begitu sahaja. Parutnya, parut abadi. Agama, budaya, bahasa dan adat resam menjadi pakaian tradisi yang bersatu dalam kehidupan sehari-hari masyarakat kaum berkenaan. Pemerintah, budayawan, cendekiawan dan intelektual mencari cara penyelesaian yang halus, bukan secara drastik. Ilmu pengetahuan baharu bukan segala-galanya untuk mengatasi sensitiviti antara etnik itu. Isu ini antara yang disentuh dalam “Emmamalia”.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043523
    Visit Today : 1387
    This Month : 26122
    Total Visit : 1043523
    Hits Today : 5173
    Total Hits : 4284768
    Who's Online : 9
  • Kategori