OLEH NORAZLINDA MISRAN

“KITA mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030. Untuk memastikan kempen ini mencapai keberhasilan yang dihasratkan, tempoh tiga tahun sebelum bermulanya Dekad Membaca Kebangsaan iaitu mulai tahun 2018 hingga 2020 pula ialah tempoh menggiatkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan,” kata YB Dr. Maszlee Malik ketika menyampaikan ucapan Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan pada bulan Disember 2018 yang lalu.

Majlis penyampaian sumbangan buku kepada pihak Hospital Kuala Krai, Kelantan.

Bagi menyahut seruan kerajaan tentang kempen gerakan Dekad Membaca Kebangsaan ini, pada 30 Ogos 2019 telah diadakan majlis penyampaian sumbangan buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada Perpustakaan Hospital Kuala Krai, Kelantan. Sumbangan buku ini telah disampaikan oleh Datuk Hajah Padilah Haji Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP, kepada Pengarah Hospital Kuala Krai, dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, dan isteri, Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Datin Tengku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di hospital tersebut. Buku yang disumbangkan ini dapat dijadikan bahan bacaan tambahan kepada pesakit juga staf yang bekerja di situ.

YBM Tengku Puan Temenggong Kelantan amat prihatin kepada pesakit yang berada di wad tersebut.

Selain itu, baginda berdua serta rombongan dari DBP dan Pegawai Daerah Jajahan Kuala Krai telah dibawa melawat wad pediatrik kanak-kanak. Baginda berdua sempat beramah mesra dan turut memberikan sumbangan kepada pesakit yang berada di situ. Kunjungan ini secara tidak langsung dapat memberikan keceriaan kepada pesakit yang berada di situ.

Penyampaiann sumbangan kepada pelajar tahfiz oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan.

Setelah selesai kunjungan di Hospital Kuala Krai, baginda dan rombongan telah pergi ke Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai, untuk memberi sumbangan kepada pelajar juga bantuan kewangan kepada maahad tahfiz tersebut. Kunjungan seperti ini menunjukkan bahawa baginda berdua sangat prihatin kepada permasalahan rakyat dan mudah memberikan bantuan apabila diperlukan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979697
    Visit Today : 931
    This Month : 27168
    Total Visit : 979697
    Hits Today : 4065
    Total Hits : 3983208
    Who's Online : 6
  • Kategori