OLEH NORAZLINDA MISRAN

Empat ahli panel forum telah diundang dalam Konvensyen Inspirasi Wanita yang membicarakan tajuk Wanita Peneraju Perubahan: Mitos atau Realiti?

TEMA Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini, iaitu “Wanita Peneraju Perubahan” amat bertepatan dengan senario peranan wanita pada hari ini. Tidak seperti semasa zaman pascamerdeka, peranan wanita terhad kepada peranan pembantu kepada kaum lelaki sahaja. Hal ini dapat dilihat daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada wanita seperti membantu suami atau bapa dalam pertanian dan perniagaan. Tetapi sejak tahun 1990-an, peranan wanita khasnya wanita Malaysia kian berkembang. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik, sosial, sukan mahupun kesenian.

Pelepasan konvoi Majlis Belia Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2019.

Sehubungan dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (KASIH) Malaysia telah menganjurkan Hari Inspirasi Wanita 2019 pada 25 Ogos di Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Antara peserta pidato yang menyertai pertandingan ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Bengkel Aspirasi yang membincangkan tajuk berkaitan kesihatan, kewangan, keibubapaan dan kanak-kanak. Turut diadakan sesi temu duga terbuka anak kapal yang dikendalikan oleh Air Asia dan pertandingan pidato yang dianjurkan oleh DBP.

Pertandingan pidato yang diadakan ini berfokus untuk menguji tahap penguasaan dan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan belia, menerapkan nilai pemikiran yang imaginatif dan inovatif melalui idea-idea serta hujah-hujah yang bernas serta meningkatkan kebolehan menyampaikan idea dan mesej dengan jelas dan berkesan secara lisan dengan penuh keyakinan. Pendekatan melalui wahana seumpama ini diharapkan mampu meningkatkan rasa cinta dalam kalangan belia terhadap bahasa Melayu serta meluaskan khalayak bahasa dan persuratan khususnya.

Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka ketika merasmikan Konvensyen Inspirasi Wanita 2019.

Turut diadakan pada hari tersebut ialah Konvensyen Inspirasi Wanita yang dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP. Konvensyen ini merupakan platform bagi beliawanis bertemu dan mendengar pengisian daripada figura-figura yang merupakan pakar dalam industri.

Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, turut bermesra dengan kumpulan pengangkap yang turut hadir dala konvensyen tersebut.

Ia bertepatan dengan tujuan program ini diadakan iaitu bagi melahirkan beliawanis yang berkeyakinan, berketerampilan dan berpengetahuan selain dapat mencungkil potensi diri. Program ini juga diharap dapat memberikan pendedahan kepada beliawanis terhadap isu-isu yang dihadapi oleh wanita Malaysia.

Datuk Hajah Padilah Haji Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Keupayaan wanita sebagai peneraju kepada perubahan negara dalam berbagai-bagai maksud bidang tidak boleh disangkal lagi. Walaupun terdapat beberapa faktor yang kadangkala menyekat atau membatasi sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara seperti sifat semula jadi wanita timur yang sopan santun, lemah lembut dan berbudi pekerti mulia, namun jika dilihat dari satu sudut, sifat tersebut boleh dijadikan sebagai senjata dan perisai wanita dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang.

YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merangkap Yang Dipertua, KASIH Malaysia, menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis Malam Inspirasi Wanita 2019.

Wanita juga perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah pilihan kedua dalam pembangunan negara tetapi bersama-sama dengan kaum lelaki menggalas tanggungjawab ini.

Penyampaian cenderamata kenangan kepada YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, yang disampaikan oleh Datuk Hajah Padilah Haji Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malam Inspirasi Wanita yang diadakan pada sebelah malam pula diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merangkap Yang Dipertua, KASIH Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Hamidah Mat, Setiausaha KASIH Malaysia, Dato’ Padilah Haji Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia dan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Pelancaran Tabung Khas Pemerkasaan Wanita yang disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merangkap Yang Dipertua, KASIH Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979718
    Visit Today : 952
    This Month : 27189
    Total Visit : 979718
    Hits Today : 4313
    Total Hits : 3983456
    Who's Online : 8
  • Kategori