Oleh NORAZLINDA MISRAN

Pemenang Pertandingan Pidato bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Pemenang Pertandingan Pidato bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan Islam Kelantan dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, telah menganjurkan Program Memperkasakan Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan pada 18 Februari 2019 di KIAS, Kelantan.

Bersempena program ini, acara yang diadakan termasuklah pertandingan pidato dan tazkirah (7) minit yang disertai oleh pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi dan program majalah dalam kelas bersama-sama editor Dewan Sastera.

Pemenang Pidato kategori Institut Pengajian Tinggi turut mengambil kesempatan bergambar bersama-sama hadiah yang dimenangi.

Pemenang Pidato kategori Institut Pengajian Tinggi turut bergambar dengan hadiah yang dimenangi.

Pertandingan ini diharap dapat memberi impak positif terhadap kemampuan mengolah hujah dan meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap isu yang disampaikan dalam bahasa Melayu dengan baik. Kemampuan ini amat bergantung kepada tahap penguasaan dan penggunaan bahasa yang mantap.

Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Mohd. Salahuddin Mohamed, turut menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Program Memperkasakan Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan.

Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Mohd. Salahuddin Mohamed, turut menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Program Memperkasakan Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan.

Mohd. Salahuddin Mohamed, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, dalam ucapan aluan mengatakan bahawa DBP akan memperluaskan program ini dengan melibatkan pelajar tahfiz dan sekolah-sekolah swasta yang lain.

Majalah dalam Kelas dikendalikan oleh Editor majalah Dewan Sastera.

Majalah dalam Kelas dikendalikan oleh Editor majalah Dewan Sastera.

Menurutnya lagi, minat yang begitu tinggi yang ditunjukkan untuk menyertai pertandingan pada hari ini haruslah diberikan pujian kerana para peserta mempunyai minda yang positif dan bersedia untuk menyahut cabaran yang mendatang.

Sesungguhnya masa depan dan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap bangga dan komitmen setiap insan untuk memperjuangkannya. Penggunaan bahasa Melayu dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat kita semua untuk menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan bahasa antarabangsa yang lain.

Berikut ialah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Pertandingan Pidato kategori Sekolah Menengah;

PERTAMA Nur Hilyati Mohd Hasmi Maahad Muhammadi Perempuan
KEDUA Syahrul Adam Salleh Ibrahim Kolej Tahfiz Saims Nurul Aman
KETIGA Adawiyah Mohd Hanafi Maahad Muhammadi Tumpat

Pertandingan Pidato kategori Institut Pengajian Tinggi;

PERTAMA Nur Aisya Ruslan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KEDUA Muhammad Anas Malek Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KETIGA Muhammad Afif Muhammad Rosdi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Pertandingan Tazkirah Tujuh Minit kategori Sekolah Menengah;

PERTAMA Muhamad Fitri Adanan Kolej Tahfiz Saims Nurul Aman
KEDUA Muhammad Amar Danish Ahmad Sumardie Shan Maahad Tahfiz Wal Qiraat
KETIGA Putera Mohamad Danial Adnan Maahad Muhammadi Pasir Mas

Pertandingan Tazkirah Tujuh Minit kategori Institut Pengajian Tinggi;

PERTAMA Syahidatul Husna Bakomsin Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KEDUA Abdul Hadi mohd Pouad Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KETIGA Adawiyah Che Hasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049051
    Visit Today : 1369
    This Month : 31650
    Total Visit : 1049051
    Hits Today : 4897
    Total Hits : 4303943
    Who's Online : 13
  • Kategori