Oleh NORAZLINDA MISRAN

Kumpulan Onde-onde Johan Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa menerima hadiah daripada Dato' Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Kumpulan Onde-onde, merangkul gelaran juara Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa menerima hadiah daripada Dato’ Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

KUMPULAN Onde-onde muncul sebagai johan Program Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa (JBJB) setelah menewaskan 9 kumpulan lain di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019 bersempena dengan Festival Wanita 2019. Pasukan itu diwakili oleh Nurul Atiqa Zafarullah (Kuala Lumpur), Nurul Fatin Atirah Rosli (Johor), Adlene Farhanie Mohd Sani (Perak), dan Nur AfifahAyuni Sara Ayu Puteri Abdul Jalil (Johor). Mereka memenangi hadiah wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Naib johan pula dimenangi oleh kumpulan Dim Sum, manakala kumpulan Ambuyat memenangi tempat ketiga.

Peserta tekun menjawab setiap soalan yang diberi.

Peserta tekun menjawab setiap soalan yang diberi.

Dalam ucapan perasmian penutupan JBJB oleh Dato’ Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, beliau berpendapat bahawa program ini dapat membantu peserta menguasai ilmu bahasa dan menyemai semangat berpasukan yang boleh diterapkan dalam kehidupan harian mereka.

Kumpulan Dim Sum memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150.00.

Kumpulan Dim Sum memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150.00.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan program yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak ini diharap dapat memperluas rangkaian kerjasama DBP untuk mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu.

JBJB merupakan program cetusan daripada Eksplorasi Bahasa (Media) anjuran DBP dan Malaysia Press Institute (MPI) bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun 2017. Program ini berbentuk aktiviti menjejak maklumat melibatkan pergerakan secara berkereta, menggunakan pengangkutan awam atau berjalan kaki bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Setiap pasukan perlu sampai ke enam stesyen untuk mendapatkan klu jawapan.

Setiap pasukan perlu sampai ke enam stesyen untuk mendapatkan jawapan.

Melihat kepada maklum balas penyertaan yang positif daripada pihak media semasa pelaksanaan program tersebut, program ini diteruskan pada tahun 2018 dengan nama baharu, iaitu JBJB dengan memperluas penyertaan bukan sahaja kepada media tetapi juga sektor awam dan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Kumpulan Ambuyat memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan hadiah iringan.

Kumpulan Ambuyat memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan hadiah iringan.

Seterusnya untuk tahun 2019, DBP melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan (BPI) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur, Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM), dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melaksanakan program JBJB bersempena dengan program Festival Wanita 2019.

Nurul Atiqa Zafarullah, dari kumpulan Onde-onde berpendapat bahawa program JBJB ini dapat membantu dia dan rakan-rakan  mengusai bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.

Nurul Atiqa Zafarullah, ahli kumpulan Onde-onde berpendapat bahawa program JBJB ini dapat membantu dia dan rakan-rakan mengusai bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.

Festival Wanita 2019 ialah program kursus pembinaan dan kepimpinan untuk wanita muda dalam membina kerjaya. Peserta program ini terdiri daripada wanita muda (19 hingga 30 tahun) seluruh Malaysia yang telah dipilih oleh sekretariat festival berdasarkan pencapaian dan pelibatan mereka dalam akademik dan kerjaya. Program anjuran IYC Kuala Lumpur, Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini diadakan mulai 25 Februari hingga 6 April 2019.

Turut hadir dalam majlis penutupan perasmian JBJB ini ialah Tuan Haji Md Johari Hasan, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, dan Nurul Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM.

Para peserta bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

Para peserta bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1054927
    Visit Today : 543
    This Month : 3180
    Total Visit : 1054927
    Hits Today : 1674
    Total Hits : 4329745
    Who's Online : 9
  • Kategori