Oleh ABDUL HAKAM JAMALUDDIN

PADA 19 Januari 2019, peristiwa bersejarah tercatat apabila nama Kampung Kerinchi dikembalikan hasil usaha YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan yang asalnya Kampung Kerinchi dikenali pula sebagai Bangsar South kesan daripada projek pembangunan besar-besaran di sebahagian kawasan ini.

Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Haji Baharuddin Haji Hassan, Pengerusi Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tetamu kehormat lain termasuk para pemaju projek pembangunan di sekitar Kampung Kerinchi.

Dalam ucapannya, Anwar mengenang kembali betapa rapat perhubungan antara masyarakat Kampung Kerinchi dengan dirinya ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaya (UM). Katanya, masyarakat Kampung Kerinchi banyak membantu mahasiswa UM ketika itu.

Anwar menegaskan bahawa dalam mengejar pembangunan dan kemodenan, unsur sejarah dan budaya tempatan tidak wajar diketepikan. Kesemua ini harus dipertahankan untuk generasi akan datang. Maka, pada pandangan beliau, pertukaran nama Bangsar South kepada nama asal, Kampung Kerinchi, sangat wajar.

Usaha di atas telah dilakukan Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan beberapa pihak lain selain menjadi manifesto Pilihan Raya Umum 2018 bagi Pakatan Harapan, iaitu ‘”memperjuangkan pengembalian nama asal Kampung Kerinchi di kawasan Bangsar South”. Ketika kempen pilihan raya, perkara yang menjadi isu masyarakat di sini adalah apabila papan tanda bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai (SMKSP) yang berada dalam proses akhir pembinaan menggunakan alamat Bangsar South. Ironinya, bangunan lama SMKSP kekal menggunakan alamat Kampung Kerinchi.

Wajah-wajah ceria penduduk Kampung Kerinchi setelah pemasyhuran tersebut.

Wajah-wajah ceria penduduk Kampung Kerinchi setelah pemasyhuran tersebut.

Setelah memenangi pilihan raya, Fahmi mengadakan perbincangan dengan banyak pihak, terutamanya DBKL, para pemaju projek pembangunan dan generasi pewaris pengasas Kampung Kerinchi. Bagi memastikan nama Kampung Kerinchi dipertahankan, antara langkah yang diambil adalah memetakan semula sempadan asal Kampung Kerinchi. Pemetaan semula merupakan langkah awal untuk proses pewartaan oleh pihak berkuasa. Pada masa yang sama, Fahmi juga berusaha untuk mendirikan tiga pintu gerbang pada tiga laluan utama sebagai mercu tanda Kampung Kerinchi.

Ketua Pengarah DBP (berbaju batik kuning)turut mengahdiri majlis pemasyhuran tersebut dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Ketua Pengarah DBP (berbaju batik kuning) turut mengahdiri majlis pemasyhuran tersebut dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kampung Kerinchi diasaskan oleh masyarakat Kerinchi yang berhijrah dari desa Tanjung Tanah, Kerinchi, Sumatera, Indonesia pada pertengahan abad ke-19. Mereka merupakan penduduk utama Kampung Kerinchi selama hampir 150 tahun. Malangnya, proses pembangunan dan pemodenan yang rancak mengakibatkan berlaku penghakisan nama Kampung Kerinchi.

Kampung Kerinchi mempunyai banyak peristiwa penting dan bersejarah sehingga meninggalkan kesan di hati warganya. Dari sudut geografi pula, Kampung Kerinchi merupakan pintu masuk utama ke Kuala Lumpur dari Selangor melalui Lebuh Raya Persekutuan. Sebagai pintu masuk utama ke Kuala Lumpur, sangat wajar nama Kampung Kerinchi dimasyhurkan kembali.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048990
    Visit Today : 1308
    This Month : 31589
    Total Visit : 1048990
    Hits Today : 4536
    Total Hits : 4303582
    Who's Online : 11
  • Kategori