Oleh NORAZLINDA MISRAN

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan The Language House.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Pusat Bahasa The Language House di Menara DBP pada 10 Januari 2019.

DBP diwakili oleh Ketua Pengarah, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kamarul Zaman Shaharudin manakala The Language House diwakili oleh Pengerusi Lembaga Gabenor The Language House, Ir Haji Mansor Salleh @ Md Salleh, dengan disaksikan Pengetua The Language House, Patricia M Jayasuriya.

Prof. Dr. Mohamed Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Memorandum persefahaman ini berkuat kuasa selama lima tahun daripada tarikh ditandatangani dan terus berkuat kuasa kecuali ditamatkan lebih awal. Melalui memorandum ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengendalikan program pengajian bahasa secara bersama dan mengenal pasti peluang bagi membangunkan program untuk menyediakan latihan, pendidikan, dan aktiviti berasaskan pengetahuan dan persefahaman serta faedah bersama bagi memenuhi objektif seperti pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran, penerbitan, dan pertukaran kepakaran.

Dr. Mohamed Hatta Shahrom menyampaikan cenderamata kepada Ir Haji Mansor Salleh @ Md Salleh.

The Language House merupakan organisasi swasta yang bergiat dalam industri pendidikan, khususnya bidang bahasa dan komunikasi. Organisasi itu mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman dan pakar untuk mengajarkan bahasa Inggeris kepada pelajarnya. Apabila The Language House mewujudkan kursus bahasa Melayu dalam programnya, organisasi itu menghubungi DBP untuk mendapatkan khidmat tenaga pengajar di samping menjalin hubungan kerjasama demi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di negara ini.

Majlis tandatangan ini turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shahrom, dan Ahli Lembaga The Language House, Aryati Sasya Dato’ Ahmad Sebi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049767
    Visit Today : 612
    This Month : 32366
    Total Visit : 1049767
    Hits Today : 3879
    Total Hits : 4308640
    Who's Online : 18
  • Kategori