Datuk Haji Abang Sallehuddin (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Oleh NORAZLINDA MISRAN

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu. Beliau menggantikan Datuk Haji Abdul Adzis Abas, yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 31 November 2018.

Pelantikan Datuk Haji Abang Sallehuddin telah mendapat kelulusan YB Menteri Pendidikan dan persetujuan YAB Perdana Menteri. Beliau telah berkhidmat di DBP selama 36 tahun dan mula bertugas sebagai Pembantu Penyelidik, di Cawangan Sarawak pada 1 November 1983.

Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Pengarah DBP Wilayah Timur, Pengarah Komunikasi Korporat, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Beliau merupakan “orang dalam” pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah sejak tahun 1976.

Datuk Haji Abang Sallehuddin dijangka dapat membawa DBP ke tahap yang lebih cemerlang demi memenuhi harapan rakyat dan negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049417
    Visit Today : 262
    This Month : 32015
    Total Visit : 1049417
    Hits Today : 1502
    Total Hits : 4306263
    Who's Online : 18
  • Kategori