Oleh ABDUL RAZAK MOHAMMAD

Wacana Malaysia Negara Membaca, dibicarakan oleh (dari kanan) Tuan Ahmad Fahmi, Prof. Dr. Mohamed Hatta dan dipengerusikan oleh Tuan Sayed Munawar.

PRAPELANCARAN Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) telah disempurnakan Dr. Mazlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 Disember 2018 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Majlis dimulakan dengan wacana “Malaysia Negara Membaca” yang dibicarakan oleh Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil , Ahli Parlimen Lembah Pantai, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan dipengerusikan oleh Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.

Penyampaian sumbangan buku kepada sekolah terpilih.

Program DMK bertujuan untuk menyemarakkan literasi membaca dalam kalangan rakyat negara ini kerana menurut kajian profil membaca rakyat Malaysia yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2005, setiap rakyat Malaysia membaca purata dua naskhah buku setahun. Manakala kajian interim 2014 pula menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 naskhah buku setahun. Hal ini berbeza dengan rakyat negara maju yang membaca sebanyak 40 naskhah buku setahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan rentang masa 10 tahun, dari tahun 2021 hingga tahun 2030 sebagai DMK dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Sepanjang tiga tahun mulai tahun 2018 hingga 2020 adalah tempoh menggiatkan kempen DMK. Slogan dan tanda pagar #MALAYSIAMEMBACA dipilih dan akan dipopularkan sebagai aspirasi menjadikan Malaysia negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.

Fragmen “Cerita Sebelum Tidur” disampaikan oleh Mardiana Alwi.

Pelbagai program DMK dirangka untuk mencapai hasrat tersebut, antaranya aktiviti membaca kebangsaan di seluruh negara; kempen membaca di sekolah dan di rumah; dan kempen membaca kepada golongan kelainan upaya, gelandangan, warga emas dan lain-lain. Prasarana aktiviti membaca, antaranya pasar buku, lorong e-buku, akademi kota buku dan muzium bahasa dan persuratan Melayu turut disediakan. Selain itu, penganjuran pesta buku diperbanyak di pelbagai peringkat — kebangsaan, antarabangsa, sektor, negeri dan sebagainya.

Majlis turut diserikan dengan fragmen “Cerita Sebelum Tidur” dan penyampaian sumbangan buku kepada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Yang paling menarik perhatian adalah apabila Dr. Mazlee turut membacakan cerita kanak-kanak di Sudut Membaca KPM pada penghujung majlis.

Dr. Mazlee Malik membacakan cerita “Sang Kancil dengan Buaya” kepada murid-murid di Sudut Membaca KPM.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979687
    Visit Today : 921
    This Month : 27158
    Total Visit : 979687
    Hits Today : 3978
    Total Hits : 3983121
    Who's Online : 4
  • Kategori