Oleh ZAIDI ISMAIL

BAHASA Melayu, bahasa negara. Bahasa inilah yang menjadi alat pengantar ilmu pengetahuan, komunikasi dan bahasa perpaduan. Bahasa ini menyatupadukan pelbagai bangsa di tanah air.

Datuk A. Aziz Deraman menyampaikan ceramah “Dasar Bahasa dan Jati Diri Bangsa”.

Hal ini selari dengan kehendak Perkara 152 (1), Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Penekanan berlebihan terhadap penggunaan bahasa Inggeris sehingga mewujudkan situasi menang-kalah (menang bahasa Inggeris, kalah bahasa Melayu). Citra kenegaraan dan kebangsaan seolah-olah diambil alih oleh bahasa Inggeris,” tegas Datuk A. Aziz Deraman, Presiden Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, yang juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ceramah Pengurusan, “Dasar Bahasa dan Jati Diri Bangsa”, anjuran Akademi DBP di Wisma DBP, Kuala Lumpur, pada 30 November 2018.

Untuk memperkasakan bahasa Melayu, Datuk A. Aziz mencadangkan dua pendekatan dan strategi utama, iaitu pertama, mengukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua bidang kehidupan melalui jalanan kerjasama dan tindakan bersepadu semua sektor. Kedua, mengangkat darjah bahasa Melayu melalui pelbagai program pengantarabangsaan yang relevan sebagai satu daripada bahasa komunikasi antarabangsa bermula di rantau sendiri dengan kerjasama negara anggota Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM).

Jati diri, keperibadian dan sahsiah bangsa terletak di atas satu bahasa negara yang benar-benar berada di martabatnya, mantap dan perkasa. Matlamat tersebut hanya akan dapat dicapai melalui kesepakatan dan peranan bersama institusi, agensi, organisasi dan rakyat seluruhnya sebagai satu bangsa merdeka dan berdaulat dalam konteks negara bangsa tersendiri

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979719
    Visit Today : 953
    This Month : 27190
    Total Visit : 979719
    Hits Today : 4327
    Total Hits : 3983470
    Who's Online : 6
  • Kategori