Oleh ZAIDI ISMAIL

PADA hujung bulan Julai lalu, penulis ada terbaca kiriman status pada facebook seorang rakan. Dalam status tersebut, beliau memaparkan salah satu soalan ujian percubaan Bahasa Melayu UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) yang mengelirukan.

Soalan ujian percubaan Bahasa Melayu UPSR.

Secara kebetulannya juga, salah seorang anak penulis turut terlibat dalam ujian tersebut. Dalam soalan yang ditanyakan, iaitu “Puan Suraya ………. gadis yang ingin dikahwinkan dengan anak saudaranya.” diberikan empat pilihan jawapan untuk mengisi tempat kosong. Pilih tersebut meliputi A, B, C, dan D yang terdiri daripada kata merisik, melamar, memikat, dan meminang. Untuk pilihan tersebut, kata apakah yang paling tepat digunakan untuk diisi atau ditulis dalam tempat kosong itu?

Setelah membaca untuk kali kedua, penulis secara spontan ikut menjawab dalam status facebook itu dan jawapan yang penulis berikan ialah A, B, dan D (merisik, melamar, dan meminang) semuanya betul kecuali C (memikat) yang biasanya digunakan untuk maksud memikat burung. Jadi, pada pandangan awal penulis, soalan tersebut agak mengelirukan pelajar, terutamanya untuk pelajar tahap UPSR yang baru berusia 12 tahun.

Selanjutnya, agar lebih jelas, penulis meneliti makna untuk setiap kata tersebut berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan (2005) menggunakan prpm (pusat rujukan persuratan Melayu), dan hasil yang ditemukan adalah seperti yang berikut:

Kata

Makna

merisik (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan; mengirim orang untuk meminang
melamar meminta untuk berkahwin dengan; meminang
memikat 1.    menangkap burung dan lain-lain dengan menggunakan burung yang jinak sebagai denak; 2. melakukan sesuatu supaya seseorang tertawan atau tertarik hati
meminang meminta seseorang menjadi isteri; melamar

Kata dan makna berdasarkan Kamus Dewan.

Berdasarkan makna tersebut, kata merisik membawa maksud dan tujuan yang sama dengan meminang, manakala kata meminang pula membawa maksud dan tujuan yang sama dengan melamar. Walau bagaimanapun, kata memikat tidak sama atau berbeza sama sekali dengan ketiga-tiga kata tersebut. Jadi, kata apakah yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong tersebut jika hanya satu jawapan yang betul perlu dipilih? Lainlah sekiranya yang perlu dipilih ialah perkataan yang salah?

Pada pandangan penulis, ketiga-tiga pilihan jawapan (merisik, melamar, dan meminang) adalah betul dan soalan tersebut agak mengelirukan untuk dijawab oleh pelajar sekolah rendah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1260228
    Visit Today : 157
    This Month : 16365
    Total Visit : 1260228
    Hits Today : 506
    Total Hits : 5707801
    Who's Online : 20
  • Kategori