al-Qarinah

Judul              : Al-Qarinah Dalam Hukum Hudud

Penulis          : Lukman Abdul Mutalib, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Abd Hamid Abd Murad

Harga            : RM20.00

Tahun Terbit  : 2018

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

DALAM undang-undang keterangan Islam yang melibatkan kes-kes sivil atau jenayah, terdapat beberapa kaedah pembuktian yang boleh digunakan, antaranya termasuklah keterangan saksi, pengakuan bersalah, sumpah, al-qarinah, al-kitabah, pendapat pakar dan ilmu qadhi. Al-Qarinah ialah himpunan bukti yang mendukung antara satu sama lain sehingga membentuk satu kesimpulan yang kukuh. Bukti atau keterangan yang tepat dan benar merupakan antara faktor utama yang menjamin pelaksanaan keadilan dalam sistem kehakiman. Tanpa bukti dan keterangan yang tepat dan benar, seseorang tidak dapat menuntut keadilan di mahkamah. Mantan Syeikh al-Azhar, al-Syeikh Abdul Rahman Taj berpandangan bahawa adalah keterlaluan bagi seseorang hakim dalam membuat keputusan jika dia hanya membataskan kaedah pembuktian kepada syahadah, pengakuan dan keengganan bersumpah tanpa mengambil kira al-qarinah dan bukti sekeliling, padahal kedua-dua dalil tersebut ada kalanya lebih kuat dan hampir kepada kebenaran dan keadilan.

Buku ini mengupas kepentingan dan kekuatan al-qarinah sebagai dalil sabitan dalam kesalahan jenayah hudud seperti zina dan qazaf. Topik ini sangat relevan untuk dibincangkan, terutama dalam proses memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia. Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan bahan rujukan oleh ahli akademik dan pelajar universiti, malah boleh dibaca oleh masyarakat umum yang cakna dan berminat terhadap perkembangan perundangan Islam. Buku ini hasil tulisan tiga orang pensyarah dari Fakulti Syariah dan undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, iaitu Profesor Madya Dr. Lukman Abdul Mutalib, Profesor Madya Dr. Abdul Fattah Wan Ismail dan Abd Hamid Abd Murad.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053344
    Visit Today : 289
    This Month : 1597
    Total Visit : 1053344
    Hits Today : 645
    Total Hits : 4324163
    Who's Online : 19
  • Kategori