OLEH SITI IRNI YUSLINDA MOSMAN

 

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengadakan Program Semarak Bahasa.

Program ini bertujuan untuk mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa dan kesusasteraan kebangsaan, seterusnya memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, komunikasi sosial dan perpaduan. Ia juga dapat mengeratkan perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan yang merupakan salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.

Pada 11 Oktober 2017 telah diadakan Pertandingan Bercerita Kanak-kanak Ala Penglipur Lara, dan Pertandingan Alunan Puisi, di PPAS, Shah Alam. Lebih daripada 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Selangor mengambil Bahagian, antaranya PPD Klang, PPD Petaling Utama, PPD Gombak, PPD Kuala Selangor, PPD Hulu Selangor dan PPD Hulu Langat.

Keputusan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dimenangi oleh adik Nurul Nuha binti Hafiz dari SK Bukit Kapar, Klang. Tahap 2 pula dimenangi oleh adik Iman Nur Kamalia binti Mohd Adha Azani dari SK Labohan Dagang, Kuala Langat. Bagi Pertandingan Alunan Puisi pula, bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh adik Ahmad Marzuki bin Nordin dari SMK Rantau Panjang, Klang, dan Kategori Perempuan dimenangi oleh adik Sofea Arrissa binti Roslan dari SMK Meru, Klang. Pemenang membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 berserta sijil penyertaan dan cenderamata DBP. Majlis

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Puan Mastura binti Haji Muhamad, manakala DBP pula diwakili Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Puan Padilah Binti Haji Ali.

Pada 2 November 2017 pula bertempat di Foyer Pejabat SUK Shah Alam, telah diadakan Pertandingan Berbalas Pantun dan Mini Kembara Bahasa melibatkan lebih daripada 80 orang kakitangan Pejabat SUK Negeri Selangor. Penglibatan peserta dan urus setia dalam menjayakan program ini amat memberangsangkan.

Keputusan akhir Pertandingan Berbalas Pantun dimenangi oleh Pasukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor. Manakala Pasukan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pula menjadi Johan Mini Kembara Bahasa. Pemenang membawa pulang wang tunai berjumlah RM400.00 berserta sijil penyertaan dan cenderamata DBP.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, dari Pejabat SUK Selangor, manakala DBP pula diwakili oleh Tuan Haji Sharifullizan Malik, Pengarah DBP Wilayah Tengah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979701
    Visit Today : 935
    This Month : 27172
    Total Visit : 979701
    Hits Today : 4121
    Total Hits : 3983264
    Who's Online : 10
  • Kategori