Oleh NORAZLINDA MISRAN

MSS_7295

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya dan OPO Malaysia, telah menganjurkan Kayuhan Negaraku Sehati Sejiwa dan Pertandingan Jejak Maklumat Berbasikal bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017  Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 8 Oktober 2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

MSS_6890

                                                                                                                  Majlis dimulai dengan bacaan doa.

Kayuhan ini diadakan khusus buat penduduk Putrajaya dan yang berdekatan dengannya. Objektif utama kayuhan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kebertanggungjawaban semua pihak agar bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu di rumah, komuniti, tempat kerja dan seterusnya pada peringkat antarabangsa.

MSS_6976

                                                                                    Kanak-kanak turut menyertai Kayuhan Negaraku Sehati Sejiwa ini.

Program yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh DYMM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta rombongannya. Sejumlah 500 orang peserta mengikuti kayuhan ini manakala untuk Pertandingan Jejak Maklumat Berbasikal, 75 pasangan telah menyertainya.

MSS_7009

Peserta Jejak Maklumat Berbasikal sedang menjawab soalan.

Jarak sejauh 11.93 kilometer telah dilalui oleh para peserta kayuhan. Antara tempat yang menjadi laluan ialah sekitar Presint 5, seperti Lebuh Gemilang, Sekolah Menengah Presint 5 (1), PICC, Marina Putrajaya, Persiaran Perdana dan Lebuh Wadi Ehsan.

MSS_7335

Tuanku Syed Faizuddin Putra (tengah) melawat Ujana Buku DBP dan bergambar kenangan bersama-sama urus setia Kayuhan Negaraku Sehati Sejiwa.

 

Bagi acara Pertandingan Jejak Maklumat Berbasikal pula, peserta dikehendaki berhenti di lima stesen pilihan yang telah ditetapkan dan mereka perlu menyelesaikan setiap tugasan atau menjawab soalan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan. Antara tugasan yang perlu dilakukan ialah “Bina Kata”, “Makna Kata”, “Yang Lama Dijunjung”, “Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul” dan “Susun Kad Kata”. Tugasan ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan para peserta dalam menguasai dan memahami bahasa Melayu.

MSS_7189

Pemenang Pertandingan Jejak Maklumat Berbasikal.

Pemenang pertandingan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00 (johan), RM 150.00 (naib johan), RM100.00 (ketiga) dan tujuh hadiah sagu hati bernilai RM70.00 setiap satu. Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra. Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya dan Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP. Acara yang bermula pada pukul 8:00 pagi berakhir pada pukul 11.00 pagi.

MSS_7098

Aksi peserta ketika menjawab soalan “Yang Lama Dijunjung”.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979700
    Visit Today : 934
    This Month : 27171
    Total Visit : 979700
    Hits Today : 4110
    Total Hits : 3983253
    Who's Online : 10
  • Kategori