Oleh DR. ZARINA AHMAD

forum2PERTANDINGAN Forum Peringkat Kebangsaan 2017 Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Besar Perak yang bertemakan “Bahasa Melayu Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Abad 21 Menuju TN50” telah diadakan dari 26 hingga 28 September 2017. Pertandingan ini merupakan program anjuran IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bertepatan dengan peranan IPG Kampus Ipoh yang diberikan amanah sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu IPG Zon Utara, penganjuran pertandingan ini memberikan peluang dan ruang kepada pelajar IPG, universiti awam dan universiti swasta berkumpul untuk berdiskusi bagi meningkatkan penguasaan dan keupayaan bahasa Melayu mereka.

Antara hadirin yang memeriahkan program.

Antara hadirin yang memeriahkan pertandingan.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memantapkan jati diri pelajar melalui pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, meningkatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar dalam penerokaan ilmu bagi menghadapi cabaran globalisasi dan meningkatkan kefahaman dan kesedaran bakal guru tentang elemen-elemen forum yang menjadi teras dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pertandingan forum ini juga menyediakan landasan guru permulaan yang kompeten serta memiliki kemahiran abad 21 yang antaranya kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran interpersonal.

Menurut Pengarah IPG Kampus Ipoh dalam ucapannya yang disampaikan oleh Dr. Shaharuddin Shaari, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG berkenaan, penganjuran pertandingan forum ini dapat menggilap bakat bakal guru dalam melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif serta mampu menarik minat pendengar dalam menelusur isu yang dibincangkan.

APasukan IPG Kampus Pendidikan Islam yang dianggotai oleh Mohd Irfan Khidif, Nor Shafiqah Jasmi, Mohd Najib Ahim, Muhammad Haziq Mohd Noh dan Noorfauzan Noorisham telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini.

Pasukan IPG Kampus Pendidikan Islam yang menjadi johan pertandingan sedang berforum.

Pertandingan forum pada tahun ini disertai oleh sembilan pasukan yang terdiri daripada pasukan forum IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pulau Pinang, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sultan Azlan Shah, UniKL RCMP dan Kolej Profesional Mara Perak. Peserta pertandingan telah mendaftarkan penyertaan pada 26 September 2017. Proses cabutan undian dan taklimat kepada hakim pula telah diadakan pada pukul 8.30 malam.

Pada keesokan hari, pertandingan pusingan pertama bermula pada pukul 8.30 pagi, manakala pusingan kedua bermula pada pukul 3.00 petang. Setiap pasukan diberi tajuk dan dikuarantin selama 30 minit untuk membuat persediaan sebelum pertandingan bermula. Semua pasukan yang bertanding menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan semangat berpasukan ketika berforum.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Keputusan pertandingan forum bagi pasukan yang layak ke peringkat akhir diumumkan di Teater Mini setelah selesai pusingan kedua. Pasukan yang layak ke peringkat akhir adalah mengikut susunan markah yang tertinggi, iaitu pasukan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Pulau Pinang, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPG Kampus Pendidikan Islam.

Pertandingan forum peringkat akhir dimulakan pada pukul 8.30 pagi 28 September 2017 di Dewan Seri Tanjung. Hakim pertandingan forum peringkat ini ialah Puan Nurul Julia Alani Henry, Puan Haziah Che Husin, Encik Md Azmi Ismail, Encik Abd Rajak Hj. Zainal Abidin dan Encik Muzaffar Shah M. Rajamal.

Pasukan IPG Kampus Pendidikan Islam yang dianggotai oleh Mohd Irfan Khidif, Nor Shafiqah Jasmi, Mohd Najib Ahim, Muhammad Haziq Mohd Noh dan Noorfauzan Noorisham telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini. Mereka membawa pulang hadiah piala pusingan, piala iringan, wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh YB Datuk Aminuddin Hj. Md. Hanafiah (ADUN Hulu Kinta), yang mewakili YAB Menteri Besar Perak. Naib johan pula dimenangi oleh Pasukan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh IPG Kampus Pulau Pinang dan tempat keempat  Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahli Panel Terbaik, Muhd Haziq (kiri) dan Pengerusi Terbaik, Mohd Irfan (kanan) IPG Kampus Pendidikan Islam bergambar kenangan bersama-sama Dr. Zarina selaku pensyarah pembimbing.

Ahli Forum Terbaik, Muhammad Haziq (kiri) dan Pengerusi Terbaik, Mohd Irfan (kanan) daripada IPG Kampus Pendidikan Islam bergambar kenangan bersama-sama Dr. Zarina Ahmad, selaku pensyarah pembimbing.

Pengerusi Terbaik untuk pertandingan forum ini dimenangi oleh Mohd Irfan Khidif daripada IPG Kampus Pendidikan Islam, manakala Ahli Forum Terbaik pula dimenangi oleh Muhammad Haziq Mohd Noh daripada IPG Kampus Pendidikan Islam juga.

Penganjuran pertandingan forum ini diharapkan dapat memupuk semangat bekerjasama antara warga IPG Malaysia dengan warga universiti awam dan universiti swasta bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan menjadi pemangkin transformasi pendidikan negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979727
    Visit Today : 961
    This Month : 27198
    Total Visit : 979727
    Hits Today : 4376
    Total Hits : 3983519
    Who's Online : 4
  • Kategori