Oleh HUMAIRA ABDUL RAHMAN

PUSAT Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Melayu 2017 pada 21 September 2017, di Akademi Pengajian Melayu, UM. Seminar ini merupakan program akademik yang berfungsi sebagai medium penyebarluasan hasil penyelidikan tentang Melayu. Selain itu, seminar ini menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan tentang peradaban Melayu dalam pelbagai konteks, seperti pendidikan, ekonomi dan perhubungan sosial.

YBhg. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, ketika menyampaikan ucap utama.

Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar ketika menyampaikan ucaptama.

Prof. Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Melayu Mahawangsa: Asal Usul, Penghijrahan dan Peradaban Melayu”. Dalam ucapannya, beliau berkongsi maklumat tentang kajian asal usul Melayu dan menyangkal kenyataan, pandangan serta teori kajian sebelum ini yang menyatakan bahawa orang Melayu ialah pendatang.

Jelasnya, jika mengikut sejarah, Melayu bukan pendatang dan hal ini dibuktikan dengan catatan peradaban lain seperti peradaban China dan Greek yang mencatatkan bahawa peradaban Melayu peradaban yang cemerlang. Kecemerlangan peradaban Melayu terbukti dalam bidang teknologi, akal budi, perdagangan dan bidang-bidang lain sehingga Melayu diangkat dan dihormati oleh Maharaja China malah orang-orang Melayu juga dilantik menjadi ketua jurulatih tentera dan sebagainya.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

“Bahasa juga memainkan peranan yang penting dan menjadi asas yang baik dalam usaha mencorakkan satu DNA budaya. Penyelidikan asal usul peradaban Melayu perlu diteruskan dengan lebih mendalam dan menolak teori yang menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari negara lain, seperti China dan Vietnam,” tegasnya lagi.

Sesi soal jawab oleh peserta yang hadir.

Sesi soal jawab.

Dalam seminar ini, penyelidik telah membuat kajian tentang Melayu dalam bidang yang lebih multidisiplin, seperti “Seni Bina Taman dalam Konteks Kecemerlangan Melayu” yang menggabungkan kepakaran bidang landskap dan taman, bidang tanaman herba dan bidang seni bina yang melibatkan tiga orang pengkaji, iaitu Dr. Md Azalanshah Md. Syed, Prof. Dr. Halijah Ibrahim, dan Prof. Dr. Azizah Hamzah daripada UM.

Mereka telah membentangkan kertas kerja cadangan untuk mewujudkan sebuah taman yang dinamakan “Taman Melayu” sebagai kawasan yang menggambarkan ciri-ciri taman Melayu pada zaman dahulu yang menunjukkan suasana tanaman sekitar rumah dan sebagainya. Pewujudan taman ini merupakan usaha untuk menggalakkan penyelidikan Melayu daripada pelbagai konteks dan menghasilkan sebarang kajian yang bermanfaat kepada masyarakat Melayu dan penyelidik lain.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud, Naib Canselor Universiti Malaya ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Seminar Penyelidikan Melayu 2017.

Prof. Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud, Naib Canselor Universiti Malaya ketika merasmikan seminar.

Seminar ini dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud, Naib Canselor UM. Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Prof. Dato’ Dr. Mohd Jamil Maah, Pengarah Pusat Kajian Melayu, UM, para pensyarah, para pelajar dan para ilmuwan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049181
    Visit Today : 26
    This Month : 31780
    Total Visit : 1049181
    Hits Today : 39
    Total Hits : 4304800
    Who's Online : 22
  • Kategori