safia

Judul              :           Hannah Safia

Penulis           :           Rabihah Nur Ridhuan

Harga             :           RM15.90

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

NOVEL ini mengisahkan Hannah Safia, gadis malang kerana beributirikan wanita yang kejam, manakala ayah menyebelahi isterinya.  Dalam masa yang sama Hannah Safia menghidapi penyakit leukemia yang boleh mendatangkan maut.

Hari-harinya dipenuhi dengan alam persekolahan yang memeritkan lantaran kemiskinan; terpaksa menghadapi peperiksaan utama dalam kesakitan. Keluarga berantakan kerana ibu tirinya mementingkan keduniaan hingga melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Hanya ketika penyakit semakin tenat barulah ayahnya memberikan perhatian kepadanya. Segala-galanya seolah-olah akan berakhir tambahan doktor memberikan tempoh yang singkat untuk Hanna Safia menyedut udara dunia.

Pada penghujung hayat, ibu tirinya datang memberikan “nyawa” kepadanya apabila sudi mendermakan tulang sumsum untuk merawat leukemia Hannah Safia. Berjayakah Hannah Safia diselamatkan?

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049959
    Visit Today : 804
    This Month : 32558
    Total Visit : 1049959
    Hits Today : 4563
    Total Hits : 4309324
    Who's Online : 9
  • Kategori