OLEH ZAIDI ISMAIL

Pada 4 dan 5 April 2017 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Kursus Penulisan Profesional ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam urusan penyediaan dokumen-dokumen rasmi, khususnya surat rasmi, memo, e-mel, minit mesyuarat, dan laporan.

Zaidi Ismail, penceramah jemputan untuk kursus dua hari tersebut.

Zaidi Ismail, penceramah jemputan untuk kursus dua hari tersebut.

Penulis selaku penceramah untuk kursus yang berlangsung selama dua hari itu telah memberikan penekanan kepada peserta aspek-aspek latih amal yang berkaitan dengan dokumen yang berkenaan. Pengisiannya disusun secara khusus agar peserta dapat memahami asas dan prinsip penulisan dokumen rasmi dengan menggunakan gaya bahasa yang lebih berkesan; mengetahui kesilapan-kesilapan lazim yang dilakukan dalam penulisan dokumen rasmi; mengaplikasikan teknik mendengar, menganalisis dan mencatat maklumat dengan lebih berkesan semasa perjalanan mesyuarat; serta meningkatkan keyakinan menulis dan keterampilan berbahasa Melayu dalam dokumen rasmi

Seramai 25 orang karyawan SKMM yang terdiri daripada pegawai dan kumpulan sokongan dari pelbagai jabatan telah ikut serta dalam kursus tersebut. Pada dasarnya, keseluruhan karyawan yang ikut serta terlibat secara langsung dalam penulisan surat rasmi, memo, e-mel rasmi, minit mesyuarat dan laporan program di jabatan masing-masing.

Para peserta Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Para peserta Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049923
    Visit Today : 768
    This Month : 32522
    Total Visit : 1049923
    Hits Today : 4436
    Total Hits : 4309197
    Who's Online : 10
  • Kategori