Oleh NORAZLINDA MISRAN

MAJLIS Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah diadakan pada 8 Mac 2017 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Lawatan Pameran.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat pameran yang diadakan bersempena dengan majlis.

Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM ini diadakan bertujuan untuk menyebarluaskan bahan sejarah melalui penerbitan, selain menimbulkan minat pengkarya tempatan untuk menulis dan menerbitkan karya mereka dengan DBP serta menambahkan khazanah terbitan DBP dalam bentuk novel berunsur sejarah untuk pembaca remaja.

Professor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka ketika menyampaikan ucapan.

Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut Profesor Dato’ Seri Dr. Md. SallehYaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, ketika menyampaikan ucapan, DBP menjadi pemangkin perkembangan sejarah sejak dekad 1970-an. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk novel sejarah yang sebahagian besarnya diterbitkan oleh DBP. Antaranya termasuklah Perwira, Lepaskan Kembali Aku ke Laut, dan Panglima Salleh Selempang Merah.

Bersempena dengan majlis penyampaian hadiah sayembara, sebanyak lapan buah novel sejarah terbitan DBP turut dilancarkan. Novel tersebut ialah Mengukir Larut karya Amer Hamzah L. Kadir yang memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM. Puteri Negeri Rindu karya Rahimah Muda menduduki tempat kedua, dan Awang – Kembara Mengelilingi Dunia karya Kamaluddin H. M. Abdull Settar, tempat ketiga. Selain itu, turut diterbitkan lima karya pemenang sagu hati, iaitu Raja Asal Permata Bumi di Kuala Lumpur karya Kamarulzaman Jaafar, Setanggi Zaman karya Wan Noor Wan Chik, Sumpah Bukit Sadok karya Idris Boi, Malaysia Milik Kita karya Nor Azida Ishak, dan Zainal Abas dengan tajuk Jene.

Pelancaran Novel Sejarah oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pelancaran novel oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis ini ialah Dato’ Kamalanathan Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 (wakil Menteri Pendidikan Malaysia), Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP (wakil Ketua Pengarah DBP), dan Tan Sri Dr. Omar Mohd. Hashim, Pengerusi Eksekutif PSM.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047423
    Visit Today : 1039
    This Month : 30022
    Total Visit : 1047423
    Hits Today : 2931
    Total Hits : 4297733
    Who's Online : 13
  • Kategori