OLEH NORAZLINDA MISRAN

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis Abas ketika menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Datuk Haji Abdul Adzis Abas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

MAJLIS penyerahan Projek Pembangunan Semula Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur telah diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi memastikan penyerahan dan penyenggaraan semasa tempoh tanggungan kecacatan setiap produk akhir/produk siap menepati kehendak pelanggan sejajar dengan dasar dan objektif kualiti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Simbolik penyerahan kunci bangunan lama DBP oleh pihak JKR kepada Ketua Pengarah DBP.

Simbolik penyerahan kunci bangunan lama DBP oleh Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Pengarah DBP.

Dengan siapnya projek pembangunan semula bangunan lama DBP Kuala Lumpur ini, pihak DBP dapat menggunakan bangunan yang telah diubah suai ini sebagai ruang pejabat, ruang latihan, surau, muzium dan lain-lain lagi.

Selain itu, kerja-kerja pembaikan mural juga telah berjaya disiapkan oleh pihak kontraktor. Mural yang berkeluasan 221 meter persegi yang terdiri daripada 1,485,000 unit mozek dan terbahagi kepada 62 tona warna ini telah mula dibaik pulih pada Ogos 2014 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2016.

Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan Lama yang telah siap diperbaiki dan diubahsuai oleh pihak JKR.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan bangunan lama yang telah siap diperbaiki dan diubah suai oleh pihak JKR.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis Abas turut menyampaikan ucapan terima kasih terutamanya kepada pihak JKR yang telah berjaya menyiapkan projek ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad, pihak GDP Architects Sdn. Bhd., pihak JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pihak Jabatan Warisan Negara yang telah melakukan kerja konservasi mural dengan begitu baik sekali.

Bergambar kenangan di hadapan Mural DBP.

Bergambar kenangan di hadapan mural DBP.

Dalam majlis tersebut turut diadakan upacara menandatangani dokumen penyerahan oleh Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal Sulaiman, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 JKR kepada Encik Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP sambil disaksikan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas dan Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md. Taha, Ketua Pengarah JKR.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053605
    Visit Today : 550
    This Month : 1858
    Total Visit : 1053605
    Hits Today : 1699
    Total Hits : 4325217
    Who's Online : 8
  • Kategori