Oleh NURDIANA MOHD NOR

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia ketika menyampaikan ucapan pelancaran.

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Balang Rimbun Sdn. Bhd., telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Jejak Seni Johan Jaaffar, pada 20 Januari 2017, bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg Shokeran, diikuti bicara buku oleh Dr. Solehah Ishak, Penyandang Kursi P. Ramlee, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Bicara Buku oleh Dr. Solehah Ishak.

Bicara Buku oleh Dr. Solehah Ishak.

Johan Jaaffar ketika menyampaikan ucapan.

Johan ketika menyampaikan ucapan.

Dr. Solehah  membicarakan buku Jejak Seni Johan Jaaffar, terbitan DBP yang mengandungi 343 halaman. Menurut beliau, buku ini sangat istimewa kerana memaparkan perjalanan kisah, pengalaman luar biasa seorang insan seni yang bermula sebagai penarik tirai bangsawan sehingga memegang jawatan pengerusi syarikat media terbesar. Ia turut merakamkan kisah karyawan ini yang dicorakkan oleh pengalaman awal membesar di sebuah kampung bernama Sungai Balang Besar, Muar, Johor.

Tan Sri Johan yang dikenali juga  sebagai tokoh korporat, pernah memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia selain sebagai Pengerusi Media Prima Berhad (MPB). Beliau turut terbabit dalam perniagaan, antaranya mengasaskan Sekolah Persendirian Sri Nobel dan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi.

Pelancaran Buku Jejak Seni Johan Jaaffar.

Pelancaran buku Jejak Seni Johan Jaaffar.

Buku ini merakamkan kisah pembabitan Tan Sri Johan dalam dunia seni selama 50 tahun. Selama 50 tahun tersebut, beliau aktif dalam dunia seni melalui pelbagai kapasiti, pelbagai pengalaman menarik, dengan pelbagai personaliti, kontroversi dan turut menjadi sebahagian daripada sejarah seni budaya bangsa.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Johan Jaaffar, penulis buku Jejak Seni Johan Jaaffar, turut

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Antara hadirin yang memeriahkan majlis.

memberikan ucapan penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu beliau dalam penerbitan buku tersebut.Selain itu, beliau turut bersyukur kerana memiliki keluarga dan sahabat yang sanggup bersama-sama beliau waktu susah mahupun waktu senang. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan beliau yang pernah bersama-sama ketika di pentas bangsawan suatu ketika dahulu.

Bergambar bersama-sama anak, menantu dan cucu.

Johan bersama-sama anak, menantu dan cucu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu puisi oleh Kumpulan Kopratasa. Buku Jejak Seni Johan Jaaffar ini diterbitkan dalam dua bentuk iaitu versi kulit lembut bersayap yang berharga RM 45.00 dan versi kulit keras yang berharga RM 55.00.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050454
    Visit Today : 1299
    This Month : 33053
    Total Visit : 1050454
    Hits Today : 7649
    Total Hits : 4312410
    Who's Online : 7
  • Kategori