OLEH SITI NOORISA ABDUL KHLIL

BERMULA pada tahun 2012 hingga kini, pihak International Baccalaureate (IB) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menganjurkan program berbentuk bicara sastera bersama-sama dengan pelajar diploma IB.

Sesi Perkongsian ilmu bersama Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.

Sesi Perkongsian ilmu bersama Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.

Program yang dinamakan Bicara Sastera Dewan Sastera ini adalah acara perkongsian ilmu antara sasterawan negara atau tokoh sastera yang dipilih dengan pelajar program diploma IB. Untuk pengetahuan, program diploma (IB) disertai oleh pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipilih untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang sains dan teknologi. Walaupun skop pengajian mereka berdasarkan kurikulum antarabangsa, iaitu digubal di Cardiff, namun proses pengajian dan pembelajaran masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Dr. Siti Zainon Ismail turut diundang untuk menjayakan majlis ini.

Dr. Siti Zainon Ismail turut diundang untuk menjayakan majlis ini.

Di Malaysia, khususnya di MCKK, tempoh pengajian diploma IB adalah selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu, pelajar wajib mempelajari enam mata pelajaran dan salah satunya ialah Kesusasteraan Melayu. Antara genre sastera yang diajar termasuklah drama, novel dan puisi. Dalam konteks ini, teks sastera yang dikaji dipilih berdasarkan kualiti teks yang berjaya memberikan impak kepada dunia kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya teks sastera yang dipilih berdasarkan karya sasterawan negara, tokoh sastera terbilang atau teks sastera luar negara yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Bergambar kenangan dengan para penceramah dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Bergambar kenangan dengan para penceramah dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Program Bicara Sastera Dewan Sastera bermatlamat untuk menyemarakkan kegiatan ilmu selain untuk memasyarakatkan majalah terbitan DBP. Selain itu, program ini memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan bertukar idea dengan tokoh sastera Melayu selain dapat mengeratkan hubungan pelajar dengan sidang editor majalah DBP. Melalui hubungan ini, sidang editor dapat memperoleh bahan untuk disiarkan dalam majalah selain dunia sastera akan lebih bersemarak dengan kemunculan lebih banyak penulis sastera dari bidang sains dan teknologi.

Bergambar kenangan bersama-sama Sasterawan Negara.

Bergambar kenangan bersama-sama Sasterawan Negara.

Pada kali ini, program perkongsian ilmu ini melibatkan dua tokoh sastera, iaitu Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan Dr. Siti Zainon Ismail. Program ini dilihat berjaya memberikan pendedahan bahawa sastera Melayu berjaya membina pemikiran aras tinggi dengan kajian dan kritikan terhadap teks sastera. Program yang berlangsung pada 20 Januari 2017 ini telah dirasmikan oleh Koordinator Program Diploma IBMCKK, iaitu Nor Safaliza Ibrahim, manakala majlis penutup oleh Pengetua MCKK, Anand Baharuddin. Selain dihadiri pelajar program diploma IB, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar Pra universiti dari Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa.

Para peserta yang tekun mengikuti majlis ini sehingga selesai.

Para peserta tekun mengikuti majlis ini sehingga selesai.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051808
    Visit Today : 61
    This Month : 61
    Total Visit : 1051808
    Hits Today : 121
    Total Hits : 4318067
    Who's Online : 10
  • Kategori