OLEH NURDIANA MOHD NOR

 

YAYASAN Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan syarahan umum “Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda: Dulu, Kini dan Masa Hadapan” pada 6 Januari 2017, di Dewan Bankuet, Menara DBP. Syarahan ini menampilkan Dr. Suryadi, dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Leiden University. Ia dipengerusikan oleh Encik Rusli bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.

Syarahan Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda dipengerusikan oleh Encik Rusli Abd Ghani, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.

Syarahan Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda dipengerusikan oleh Encik Rusli Abd Ghani, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.

Dr.Suryadi ialah pensyarah di Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Universiteit Leiden, Belanda. Bidang kajian beliau ialah sastera Indonesia klasik dan moden, lisan dan tulisan, serta budaya media di Indonesia khususnya, dan dunia Melayu, amnya.

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1575, Universiteit Leiden merupakan institusi akademik yang paling lama dan termaju dalam bidang pengajian Melayu-Nusantara di Eropah. Peranan itu kian penting setelah Akademi Delft ditutup pada tahun 1900. Semua koleksi perpustakaannya yang berkaitan dengan dunia Melayu-Nusantara telah dipindahkan ke Leiden.

Sebelum memulakan syarahan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa orang British cuba untuk mendaulatkan pengajian Melayu, dan usaha mereka berjaya memasukkan unsur kolonial dalam diri orang Melayu.

Dr. Suryadi ketika menyampaikan syarah beliau di DBP.

Dr. Suryadi ketika menyampaikan syarah beliau di DBP.

Syarahan ini menghuraikan dinamik pengajian Melayu-Nusantara di Belanda, khususnya di Leiden. Huraian difokuskan kepada dua perkara, iaitu perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam pengajian Melayu-Nusantara di Leiden mengikut peredaran zaman, sejak pertengahan kurun ke-19 hingga kini. Seterusnya, perkara kedua ialah gambaran mengenai kekayaan koleksi Leiden University Library, khususnya yang berkaitan dengan dunia Melayu Nusantara.

Dalam syarahan tersebut, Dr. Suryadi menyatakan, sehingga pertengahan abad ke-19, belum ada kajian yang cukup berkualiti mengenai dunia Melayu-Nusantara di institusi-institusi akademik di Belanda. Sebelumnya, kajian bahasa dan sastera Timur di Universiteit Leiden sudah ditubuhkan, tapi fokusnya lebih kepada negeri-negeri Islam di Timur Tengah dan kemudian diluaskan ke Wilayah Asia Selatan.

Penyampaian cenderamata kepada Dr. Suryadi, dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Leiden University.

Penyampaian cenderamata kepada Dr. Suryadi, dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Leiden University.

Beliau berharap kekayaan kepustakaan koleksi dunia Melayu-Nusantara Universiteit Leiden dengan wilayah Melayu-Nusantara boleh dimanfaatkan dengan membuka peluang kerjasama antara Malaysia dan Indonesia iaitu melalui institusi-institusi akademik antara kedua-dua negara ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052291
    Visit Today : 544
    This Month : 544
    Total Visit : 1052291
    Hits Today : 2723
    Total Hits : 4320669
    Who's Online : 8
  • Kategori