Terjemahan bahan agama khususnya al-Quran dalam bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke kepulauan Melayu pada tahun 840 melalui pemerintahan Sultan Alaiddin Syed Maulana Abdul Aziz Syah di Perak yang menjadi pencetus awal dalam dunia penyebaran ilmu-ilmu Islam melalui penulisan dan penterjemahan buku agama. Menurut Hashim dan Halimah yang merupakan penulis buku bertajuk Isu Sosiolinguitik di Malaysia (2012) bahawa sebanyak 900 judul berbeza yang terdiri daripada bidang fikah, aqidah, usuluddin, nahu Arab, hadis, tasawuf dan tarekat, akhlak, doa, wirid dan munajat, kisah anbia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang dikenali sebagai ‘kuning kuning’.

Kategori: Makalah

Pada 23 Oktober 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus untuk semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam peperiksaan tersebut mulai tahun 2013. Pengumuman tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Muhammad Yassin, mantan Menteri Pelajaran Malaysia dan mantan Perdana Menteri Malaysia Kelapan ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2010 pada 23 Oktober 2010. Secara keseluruhannya, tahun 2013 menurut Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Muhammad Yassin merupakan tahun rasmi yang dipilih sebagai langkah untuk memastikan mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Kategori: Makalah

Novel fiksyen sains dan fantasi ini menceritakan tentang peperangan antara kerajaan Aurora menentang kerajaan Morrok. Artakus merupakan pahlawan yang mewakili puak Armorikus dan harapan kepada kerajaan Aurora.Terdapat empat orang ketua puak dalam kerajaan Aurora, iaitu Jeenusix (puak Inkatus), Darumir (puak Jegadai), Lotan (puak Argida) dan Atinius (puak Armorikus).

Kategori: Ulasan Buku

Pengulas menganggap pembacaan novel ini unik dan istimewa. Pertamanya, Begawan dikarang oleh Sasterawan Negara kelima, Arena Wati dan pengulas tidak pernah memiliki malah membaca apa-apa karya beliau sebelum ini. Kedua, gaya penceritaannya sedikit berat dan kompleks tetapi masih dapat difahami dengan baik. Ketiga, sewaktu pengulas menemui 100 buah novel Melayu yang mesti dibaca di laman Goodreads, Begawan turut disisipkan dalam kelompok tersebut.

Kategori: Ulasan Buku

Cerita rakyat merupakan cerita rekaan yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakat yang diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan (Kamus Dewan Edisi keempat). Cerita rakyat juga merupakan kisah-kisah lisan yang pada asalnya tidak dirakamkan di mana-mana medium dan dianggap sebagai sastera lisan yang tertua. Pada zaman feudal, cerita rakyat ini dikisahkan oleh golongan penglipur lara di istana untuk golongan bangsawan sebagai salah satu medium hiburan. Persembahan penglipur lara ini akhirnya diperturun kepada rakyat marhaen dengan tujuan yang sama, iaitu memberi hiburan. Disebabkan itulah kebanyakan cerita rakyat mempunyai hubungan watak dan perwatakan antara rakyat dengan golongan bangsawan.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1046971
    Visit Today : 587
    This Month : 29570
    Total Visit : 1046971
    Hits Today : 1383
    Total Hits : 4296185
    Who's Online : 17
  • Kategori