Penterjemahan al-Quran sewajarnya mempunyai garis panduan dan kawalan daripada segi latar belakang penterjemah, pendidikan, kepakaran dan kemampuan yang baik dalam bahasa Arab supaya hasil terjemahan al-Quran tersebut dapat membantu pembaca untuk memahami isi kandungan al-Quran dengan konsep yang betul.

Kategori: Bahasa

Sejarah kewujudan adat dalam kehidupan manusia bermula menerusi kewujudan adat dalam hubungan di antara manusia dengan manusia. Secara umumnya, konsep adat menurut Sidi Gazalba dalam Masyarakat Islam: Pengantar Sosiologi dan Sosiografi (1986) merupakan adat istiadat dan upacara sakral yang melambangkan keyakinan kolektif dan muafakat dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, konsep adat dan istiadat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) merupakan peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Kewujudan adat istiadat dalam agama Hindu yang diamalkan oleh masyarakat di Utara India dan Selatan India telah membentuk kebudayaan masyarakat di India sejak turun-temurun.

Kategori: Warisan

Novel ‘Sabarlah Sayang’ tulisan Abu Hassan Morad  mengisahkan olahragawan muda bernama Hanif yang terkenal dalam sukan bola sepak termasuklah acara sukan lompat jauh. Berlaku pergolakan dalam keluarga Hanif Hamdan, apabila Nenek Kalsom tidak menyukai abahnya. Hamdan telah membawa keluarganya berpindah.

Kategori: Ulasan Buku

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi ejen sosialisasi yang penting dalam struktur sosial masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan menerusi jabatan pendidikan tinggi telah memperkenalkan dan mewajibkan subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) kepada semua pelajar IPT sama ada awam atau swasta daripada pelbagai peringkat pengajian. Mata Pelajaran Umum mempunyai beberapa kategori dan salah satunya merupakan kategori wajib dengan kod U1. Salah satu subjek dalam kategori ini ialah subjek Hubungan Etnik (HE).

Kategori: Makalah

Makanan tradisional seperti dodol merupakan warisan yang amat istimewa sejak sekian lama dan telah menjadi identiti masyarakat Melayu Malaysia terutamanya di negeri Johor. Keistimewaannya merentasi budaya dan bangsa di negara kita. Malahan menepati cita rasa bak kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dodol atau penganan  ini walaupun dikategorikan dalam kumpulan makanan yang mengandungi banyak gula, namun tetap mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya dihidangkan pada majlis keraian ataupun musim perayaan. 

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1047001
    Visit Today : 617
    This Month : 29600
    Total Visit : 1047001
    Hits Today : 1462
    Total Hits : 4296264
    Who's Online : 16
  • Kategori