Terbalik merupakan gabungan 14 buah cerpen yang berjaya dihasilkan oleh seorang penulis, iaitu Ahmad J. Husein bermula dari tahun 1985 hingga 1990. Kesemua cerpen yang dipersembahkan dalam buku ini merupakan karya terbaik beliau dan setiap cerpen mempunyai keistimewaan dan mengkhusus pada aspek persoalan dan teknik penceritaan tersendiri. Isu dan persoalan yang cuba diketengahkan dilihat daripada pelbagai sudut pandangan dan berasaskan kejadian atau kisah yang berlaku dalam hidup penulis. Cerpen Terbalik yang dipilih sebagai tajuk buku ini merupakan cerpen yang berkisar tentang ketidaksefahaman orang kampung yang disebabkan oleh perbezaan haluan parti politik.

Kategori: Ulasan Buku

Keistimewaan dua puluh buah cerpen yang dihidangkan oleh Baharuddin Kahar kepada pembaca dalam Kumpulan Capa Rengat Gulai Rawo ini sesuai dibaca oleh golongan dewasa dan remaja. Baharuddin Kahar mahu pembaca menjadikan isu-isu yang dibangkitkan dalam cerpen ini sebagai teladan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Anugerah Profesor Emeritus kepada Nik Safiah Karim, iaitu gelaran paling berprestij yang diterima daripada Universiti Malaya pada tahun 2004 memang layak disandang oleh beliau.  Sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang dan selepas bergelar penjawat awam bermula dari tahun 1963 hingga 1994 tidak terhitung terhadap pemartabatan bahasa Melayu dan perjuangan hak wanita.

Kategori: Bakat

Ejaan Jawi merupakan satu sistem tulisan yang menggunakan aksara Arab dalam penulisannya. Berbeza dengan tulisan Rumi, tulisan Jawi mengandungi 37 huruf dan ditulis dari kanan ke kiri. Sekalipun tulisan Jawi tidak wajib dipelajari mahupun diaplikasikan pada setiap masa, namun mengetahui dan mempelajari cara penulisan yang betul adalah sangat penting khususnya kepada para pelajar yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah mahupun menengah. Hal ini disebabkan selain buku-buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dalam tulisan Jawi, penguasaannya akan melancarkan proses pembelajaran mata pelajaran sekali gus meningkatkan prestasi para pelajar. Bagi guru dan pengamal tulisan Jawi, kaedah pembelajaran serta aturan pengejaan tulisan Jawi akan menambah nilai pengetahuan.

Kategori: Ulasan Buku

Menurut Zahari Ngah, 52, sebagai pembuat bubu di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, beliau menggunakan dawai dan besi sebagai bahan utama. Kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi, selain berkemahiran memasang dawai dan membentuk unjap, iaitu laluan untuk ikan masuk ke dalam perangkap. Unjap memainkan peranan penting dalam pembuatan sesebuah bubu, kerana jika tersalah ukuran, ia akan menyebabkan bubu tersebut gagal menarik ikan untuk memakan umpan dan nelayan akan pulang dengan tangan kosong.

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1047017
    Visit Today : 633
    This Month : 29616
    Total Visit : 1047017
    Hits Today : 1512
    Total Hits : 4296314
    Who's Online : 20
  • Kategori