Buku Korea di Persada Dunia membincangkan tentang isu-isu terpilih berkaitan negara Korea yang dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu bahasa, sosiobudaya dan sosiopolitik yang dimuatkan dalam 10 bab.

Kategori: Ulasan Buku

OLEH SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Tingkeban ialah satu amalan tradisi masyarakat Jawa di daerah Sabak Bernam, Selangor. Tingkeban disebut juga ‘mitoni’ yang berasal daripada kata pitu, bermakna tujuh. Upacara ini dilaksanakan pada usia kehamilan berusia tujuh bulan dan pada kehamilan yang pertama bagi isteri. Dalam upacara tingkeban, ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air kembang setaman disertai doa yang bertujuan untuk memohon kepada Allah agar selalu diberikan rahmat dan […]

Kategori: Warisan

Judul buku: Antologi Gesekan Er Hu Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun Terbit: 2011 Harga: RM13.60 Pengulas: Dr. Nazariyah Sani Antologi Gesekan Er Hu menghimpunkan 64 buah cerpen yang telah memenangi Sayembara Menulis Cerita Kanak-kanak bersempena dengan Hari Guru 2009.  Terdapat empat kategori yang dipertandingkan dalam sayembara ini, iaitu kategori sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan kategori guru.  Bagi setiap kategori,  lapan buah cerpen bahasa Melayu dan […]

Kategori: Ulasan Buku

Tanggal 3 April 2014 (Khamis), tepat pukul 3.30 petang merupakan tarikh keramat yang menyaksikan dunia puisi Melayu moden Malaysia dan dunia puisi Kedah Darul Aman telah kehilangan seorang penyair kembara tersohor Kedah, iaitu Allahyarham Jamaludin Darus atau lebih dikenali sebagai Jamaludin D. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri tercinta, Kamariah dan anaknya di Hospital Putrajaya setelah menghidap penyakit barah hati sejak tahun 2013. Sebelum itu, Allahyarham Jamaludin Darus yang menghidap penyakit kencing manis telah dibawa ke Hospital Putrajaya dari rumahnya di Taman Desa Jaya, Sungai Petani, Kedah oleh anaknya yang bertugas di Jabatan Muzium Putrajaya. Seminggu sebelum pemergiannya, Allahyarham tetap bersemangat melayan sahabat handai yang menziarahinya. Akhirnya, jenazah Allahyarham Jamaludin Darus telah disemadikan di Kampung Kinjang Lama, Chenderiang berhampiran Lata Kinjang, Tapah, Perak.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1046963
    Visit Today : 579
    This Month : 29562
    Total Visit : 1046963
    Hits Today : 1354
    Total Hits : 4296156
    Who's Online : 13
  • Kategori