Ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) yang disiarkan dalam akhbar Utusan Sarawak merupakan sebuah ruangan yang sangat istimewa dan bermakna. Ruangan ini banyak membantu dalam melahirkan dan membina ramai penulis baharu yang bermastautin di Sarawak.

Kategori: Puji & Tegur

Setiap tahun terdapat pelbagai serangan virus yang telah meragut nyawa manusia. Antara serangan virus terkenal di seluruh dunia ialah virus MERS-CoV dari negara Timur Tengah di rantau Asia Barat (Huda Hussain, 2014: 136). Secara umumnya, nama saintifik bagi Virus MERS-CoV ialah Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-Cov) merupakan satu penyakit baharu yang melibatkan jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh novel coronavirus.

Kategori: Makalah

Novel kanak-kanak yang berjudul Anak yang Berani yang setebal 109 halaman ini ditulis oleh penulis Murad Arsad. Istimewanya novel ini berkisarkan tentang keberanian tiga orang kanak-kanak yang kurang sempurna dari segi fizikal. Murad Arsad mengetengahkan watak seperti Lukman yang mengalami masalah penglihatan, Yusri mengalami masalah pendengaran dan Emylia yang mengalami masalah pertuturan.

Kategori: Ulasan Buku

Buku ini membincangkan tentang Imam al-Ghazali secara khusus dan metodologi yang boleh diguna pakai apabila mengkaji setiap karya beliau. Buku ini mengandungi 106 muka surat yang memuatkan lima bab kesemuanya. Buku ini juga merupakan terjemahan daripada buku Minhaj al-Bath ‘ind al-Ghazali edisi pertama oleh Adil Za’bub yang diterbitkan pada tahun 1980 oleh Ma’assasah al-Risah di Beirut dan kemudiannya telah diterjemahkan oleh Osman Haji Khalid ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1993.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047008
    Visit Today : 624
    This Month : 29607
    Total Visit : 1047008
    Hits Today : 1488
    Total Hits : 4296290
    Who's Online : 17
  • Kategori