Gordang Sambilan di negeri Selangor bermula seiring penghijrahan masyarakat Mandailing dari Tamparuli Selatan, Sumatera Utara ke Tanah Melayu. Pada tahun 1987, Gordang Sambilan diperkenalkan kepada tetamu sempena perasmian Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam serta kesenian ini diisytiharkan secara rasmi sebagai Gendang Paluan Negeri Selangor.

Kategori: Warisan

Malam tadi, buat ke sekian kalinya penulis berkesempatan menonton rancangan “Sukan Lejen” di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Entah sejak bila program berkenaan mula bersiaran, namun penulis kini mula tertunggu-tunggu siaran berkenaan saban minggu dan kerap juga merakamkan episod-episod tertentu, terutamanya melibatkan sukan bola sepak untuk koleksi peribadi. Program berkenaan menyorot dan menyiarkan rakaman acara-acara sukan bersejarah yang mencatatkan kejayaan gemilang Malaysia di samping temu bual secara langsung dengan tokoh-tokoh yang terlibat. Tidak dapat dinafikan, ia menggamit nostalgia zaman silam dan sering kali mencetuskan rasa syahdu serta pilu di jiwa, terutamanya apabila mengenangkan betapa sudah jauhnya usia kita bergerak seiring peredaran waktu tanpa kita sedari.

Kategori: Suara Anak Muda

 Hening malam digugah apabila tabuh dipalu menandakan bermulanya acara baca puisi patriotik di Sanggar Man Kayan, Kuantan. Lokasi yang mulanya sunyi dengan persiapan rapi para pendukung presentasi, mula hangat dengan aura dan semangat para pejuang silam.

Kategori: Warisan

Projek Rintis Audit Bahasa Melayu (ABM) telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula dari bulan Julai hingga Ogos 2012. Pelaksanaan projek ini merupakan langkah kerajaan dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, pelaksanaannya juga bertujuan untuk membudayakan amalan kesantunan berbahasa dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan projek ini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaksanakan pada bulan Disember 2012 untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu di JPA. Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan bermula dari bulan Disember 2012.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1047324
    Visit Today : 940
    This Month : 29923
    Total Visit : 1047324
    Hits Today : 2519
    Total Hits : 4297321
    Who's Online : 11
  • Kategori