Bahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa. Bahasa digunakan oleh penutur dalam sesebuah masyarakat bagi tujuan yang pelbagai demi memenuhi keBahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa.

Kategori: Bicara

Jerawat atau acne vulgaris merupakan bisul kecil pada muka. Jerawat biasa berlaku pada remaja yang akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan. Perkataan jerawat memang tidak asing pada kita terutamanya remaja. Jerawat boleh menggugat keyakinan seseorang dan boleh menjejaskan interaksi sosial. Semua orang mengidamkan kulit muka yang sempurna, halus dan licin tanpa jerawat tetapi bukan semua orang bernasib baik. Jadi, kita harus menerima hakikat dan cuba merawatnya secepat mungkin. Oleh itu, buku ini wajib dijadikan sebagai bahan rujukan oleh setiap individu yang ingin mendapat gambaran mengenai jerawat.

Kategori: Ulasan Buku

Ekstralinguistik membawa maksud pengetahuan bersama yang diperlukan untuk memahami sesuatu percakapan atau sebutan. Buku ini membincangkan pemerolehan dan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melayu dari sudut psikolinguistik. Sasaran utama buku ini telah dikhususkan kepada para pelajar, ahli akademik, masyarakat umum dan peminat terhadap ilmu ekstralinguistik. Penulis telah menerapkan faktor ekstralinguistik dalam perbincangannya dan sekali gus telah memberi manfaat kepada pembaca kerana dapat menjelaskan serta memberi contoh yang sahih mengenai kepentingan dan manfaat dalam usaha menguasai bahasa selain bahasa ibunda.

  • Arkib

  • Statistik

    1046918
    Visit Today : 534
    This Month : 29517
    Total Visit : 1046918
    Hits Today : 1236
    Total Hits : 4296038
    Who's Online : 15
  • Kategori