Cerita rakyat Sabah yang berjudul Bantogen ini mempunyai 197 halaman dan ditulis oleh Azmah Nordin. Cerita rakyat ini mengisahkan tentang seorang puteri raja bernama Puteri Innalang Intanku atau lebih dikenali dengan nama panggilan Puteri Jana, yang berdepan dengan tanggungjawab dan bebanan yang harus dipikul untuk menjaga adik lelaki kembarnya, Putera Bantogen yang nakal. Puteri Jana merupakan satu-satunya puteri raja daripada empat saudara lelakinya di kerajaan negeri terapung yang bernama Bembaran.

Kategori: Ulasan Buku

Novel kanak-kanak hasil tulisan Zainab Haji Nawab Khan ini mengisahkan konflik yang berlaku semasa Sofia dan rakan-rakannya mengikuti acara perkhemahan antarabangsa Persatuan Pandu Puteri Tunas dan Remaja di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Berbekalkan ilmu kemahiran yang dipelajari daripada aktiviti pasukan beruniform itu, Sofia dan ahli pasukannya berjaya menyelesaikan malapetaka yang dihadapi oleh mereka. Novel ini juga memperkenalkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merupakan antara unit beruniform yang ditawarkan di sekolah sebagai aktiviti kokurikulum pelajar.

Kategori: Ulasan Buku

Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid oleh Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM menyaksikan seramai 150 orang graduan Kursus Sijil Pengajian Islam dan Kursus Sijil Pengajian al-Quran dan Tajwid Peringkat Dewasa telah menerima Sijil Tamat Kursus Pengajian Islam dan Kursus Pengajian al-Quran juga Tajwid Peringkat Dewasa.

Kategori: Puji & Tegur

Akibat daripada perubahan masa dan kepesatan kemajuan teknologi, skop pembulian tidak hanya berlaku dalam bentuk fizikal di tempat-tempat seperti sekolah, asrama, universiti, atau tandas, malah telah meluas hingga ke alam maya. Situasi ini menampakkan masalah ini kian membesar keseriusannya untuk diatasi.

Kategori: Bicara

Sekiranya mereka memahami mesej persaudaraan yang dipaparkan dalam naskhah ini, penulis rasakan rakyat di Indonesia tidak sekali-kali cuba mencetuskan provokasi dengan negara ini malah menganggap negara ini sebagai sebuah negara yang cukup dekat dan cukup erat atau lebih tetap sebagai negara adik-beradik!

Kategori: Bicara

Peranan penterjemahan di Malaysia khususnya dan di Kepulauan Tanah Melayu amnya menjadi sumber penting dalam proses pembinaan kosa kata bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu yang bukan sahaja bidang agama, tetapi bidang sains dan teknologi yang perlu diperhebat bagi melahirkan sebuah pemikiran sains dan teknologi orang Melayu yang sememangnya telah wujud.

Kategori: Bicara, Featured

ARKEOLOGI di Malaysia telah menyaksikan perkembangan pengetahuan baharu tentang prasejarah negara yang dilakukan melalui kegiatan penggalian atau ekskavasi yang bersifat sistematik dan saintifik oleh ahli arkeologi. Arkeologi juga menjadi lapangan disiplin yang ditawarkan di peringkat institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kategori: Warisan

Kajian oleh doktor pakar dunia, Dr. Spiegel pada tahun 2002 mendapati bahawa orang yang mendapat tidur yang cukup sebanyak lapan jam sehari mempunyai kadar antibodi sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak cukup tidur, iaitu sekitar empat jam sehari.

Kategori: Suara Anak Muda
  • Arkib

  • Statistik

    1046907
    Visit Today : 523
    This Month : 29506
    Total Visit : 1046907
    Hits Today : 1208
    Total Hits : 4296010
    Who's Online : 9
  • Kategori