Golongan wanita begitu sinonim dengan kanser payudara, namun demikian jangan terperanjat kerana lelaki juga tidak terkecuali daripada mendapat serangan penyakit yang sama. Buku 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara ini memberikan fokus utama dalam menghuraikan setiap persoalan secara terperinci yang menjurus kepada elemen pengenalan kanser payudara, rawatan terkini dalam dunia perubatan sehinggalah langkah pencegahan penyakit tersebut.

Kategori: Buku Baharu

Buku Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan ini mengupas proses pemfatwaan dan pengaplikasian proses ini sebagai satu kaedah penyelidikan berteraskan Islam bagi memenuhi keperluan penyelidikan berkaitan dengan Islam dan orang Islam. Kaedah Penyelidikan merupakan asas penting bagi sesebuah penyelidikan yang dijalankan secara sistematik, namun terdapat kekurangan dan perbezaan yang ketara dalam pengaplikasian kaedah penyelidikan lazim dalam kajian berkaitan dengan Islam dan orang Islam, maka satu alternatif perlu diwujudkan.

Kategori: Buku Baharu

“Data pada petang tadi ada menunjukkan perubahan besar pada graf ini. Wow, menarik ni!” Suhail tersenyum lebar. Keriangan mula membenih dalam hatinya. Dengan berita gembira itu pasti hasil kerja mereka akan lebih menarik.

Kategori: Buku Baharu

Okong Srikandi Sungai mengisahkan debar di dada Okong semakin kencang, tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan adalah rakan-rakannya. Namun tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk.

Kategori: Buku Baharu

BAHASA merupakan lambang dalam budaya dan melalui pembinaan bahasa juga sesuatu budaya boleh dipengaruhi. Antara isu yang sering dibangkitkan dalam pembinaan negara bangsa termasuklah isu bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa merupakan lambang jati diri bagi sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Bahasa mempunyai banyak fungsi dalam perkembangan budaya berdasarkan keperluan semasa.

Kategori: Makalah

KEINDAHAN dan kehalusan kain sutera memang diakui telah melatari keperluan kehidupan manusia zaman-berzaman. Kain sutera memberi nilai sosial dan dapat mempengaruhi gaya hidup si pemakainya. Kewujudan sutera yang berabad-abad lamanya telah berkembang ke seluruh dunia. Malah perdagangan sutera ini telah mula wujud di China dan India sehingga wujudnya istilah “Laluan Sutera” atau “Jalan Sutera”.

Kategori: Kajian, Makalah, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1047208
    Visit Today : 823
    This Month : 29806
    Total Visit : 1047207
    Hits Today : 2042
    Total Hits : 4296845
    Who's Online : 15
  • Kategori