Pendokumentasian koleksi manuskrip di kebanyakan kepustakaan Melayu Nusantara yang berusia puluhan ribu tahun telah menarik minat para sarjana tempatan dan luar negara untuk melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Hal ini kerana manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih ‘muda’ dan sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan.

Kategori: Berita, Featured

Bengkel Penghayatan dan Penulisan Puisi yang dibimbing dan dikendalikan oleh Sasterawan Negeri Sembilan 2015, Puan Hajah Mahaya Mohd. Yassin di Bilik PUSPANITA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya, telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Oktober 2019. Bengkel anjuran PUSPANITA KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini telah disertai oleh 30 orang ahli PUSPANITA dan warga KPM. Para peserta yang hadir dibugarkan dengan maklumat yang terkini tentang kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penghasilan puisi yang baik dan berkesan.

Kategori: Berita, Featured

Masyarakat umum mengetahui akan masalah-masalah yang boleh timbul berkaitan dengan tabiat merokok. Kandungan bahan kimia pada asap rokok bukan sahaja memberikan mudarat kepada perokok bahkan kepada orang di sekelilingnya. Buku ini merupakan hasil kajian Nor Anita Megat Mohd Nordin dan Che Mazlan Saad tentang golongan perokok.

Kategori: Ulasan Buku

Keunggulan karya agung Hikayat Anggun Cik Tunggal dalam genre prosa Melayu tradisional dan tradisi lisan Nusantara ialah satu daripada sejumlah cerita penglipur lara yang dihasilkan menerusi inisiatif R.O Winstedt dan R.J Sturrock. Selain itu, keunggulan Hikayat Anggun Cik Tunggal (1914) antara sebahagian karya agung kesusasteraan rakyat Nusantara yang berjaya melalui proses pendokumentasian dalam bentuk tulisan oleh para orientalis dan sarjana sastera lisan Nusantara yang mengkaji tradisi lisan Nusantara (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003: 5).

Kategori: Warisan

Hikayat Malim Deman merupakan cerita lipur lara Melayu yang telah dikarang oleh Raja Haji Yahya, salah seorang ‘orang istana’ yang tinggal di Chederiang, Perak. Di samping menghasilkan penulisan tentang salasilah dan sejarah raja-raja Perak, beliau pernah berkhidmat sebagai penghulu, pawang istana, pengumpul cerita rakyat, pengarang syair, dan mempunyai hubungan dengan tokoh penglipur lara di negeri Perak bernama Pawang Ana.

Kategori: Ulasan Buku

KUNJUNGAN ke Pulau Bruit bersempena dengan Program UNESCO 2019; Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah serta Kolokium Bahasa Melanau Matu, Daro dan Pulau Bruit di Daro, Mukah pada 2 hingga 5 Oktober 2019 membolehkan peserta program menyantuni masyarakat Melanau dan menyelami budaya mereka. Hal ini seiring dengan tugas peserta yang membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data bagi mendaftar kata ataupun entri di dalam Kamus Mato Daro – Melayu Dewan.

Kategori: Berita, Featured, Warisan

Festival Cempaka 2019 anjuran Kolej Cempaka, iaitu salah sebuah kolej kediaman di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Pertandingan Tarian Tradisional bertempat di Dataran Cempaka pada 26 September 2019. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini berlangsung, bermula pada 21 September 2019 hingga 5 Oktober 2019.

Kategori: Warisan

Mengapakah Gajah Bermata Kecil? diceritakan semula berdasarkan cerita rakyat yang telah menjadi sebahagian daripada hiburan masyarakat Melayu dahulu. Cerita rakyat disampaikan kepada beberapa generasi tanpa diketahui siapa penulis atau pengarangnya asalnya. Cabang sastera tradisional ini mencerminkan pemikiran masyarakat Melayu dahulu yang menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047024
    Visit Today : 640
    This Month : 29623
    Total Visit : 1047024
    Hits Today : 1536
    Total Hits : 4296338
    Who's Online : 11
  • Kategori